Lina Rosli Diterbitkan 24 June 2022

Bernilaikah Emas Di Pasaran Selain Emas Kuning?

Bagi sesetengah individu, barang perhiasan atau aksesori emas ini merupakan sesuatu barangan yang cukup bernilai. Tidak kira sama ada ia adalah peninggalan pusaka dari turun-temurun ataupun hadiah pemberian daripada orang tersayang, barang perhiasan dilihat sebagai aset yang sangat penting dalam kehidupan masa kini.

Bagi anda yang meminati set barangan perhiasan diri seperti anting-anting atau subang, rantai, gelang, serta cincin, kebanyakan kedai-kedai aksesori wanita kini hadir dengan penawaran produk yang cukup menawan selain boleh didapati pada harga yang berpatutan.

Malah, untuk emas juga, ia kini didatangkan dalam pelbagai bentuk dan rekaan seperti jongkong, syiling, not dan syiling wafer.

Seiring peredaran zaman, barang perhiasan kini tidak hanya ditawarkan dalam pilihan warna emas kuning sahaja, tetapi juga didatangkan dalam pelbagai warna lain.

Namun persoalannya di sini, apakah warna emas lain mempunyai nilai yang sama seperti emas berwarna kuning? Jawapannya ya. Sesebuah barangan kemas itu dinilai mengikut jumlah kandungan emas yang digunakan dan tidak dipengaruhi oleh warna.

Berikut adalah jenis-jenis emas yang sering digunakan dalam menghasilkan pelbagai rekaan barangan kemas di pasaran:

  1. Emas 999 (24K)Mempunyai kandungan emas sebanyak 99.9% dan selalunya digunakan dalam menghasilkan jongkong, syiling, not dan syiling wafer. Terdapat beberapa juga rekaan barangan kemas yang dihasilkan menggunakan emas 999 ini namun rekaannya adalah sedikit terhad kerana sifat emas yang lembut dan mudah ditempa ini perlu penjagaan yang lebih teliti agar tidak mudah rosak dan kemek.
  1. Emas 916 (22K) – Menjadi pilihan utama dalam menghasilkan barangan kemas emas kerana ianya lebih padu berbanding emas 999. Mempunyai kandungan emas sebanyak 91.6% dan ditambah aloi bagi menguatkan struktur rekaan emas ini.
  1. Emas 750 (18K) – Seringkali digunakan bagi mengikat batu berlian dan permata untuk dijadikan sebagai cincin perkahwinan, pertunangan mahupun hadiah buat yang teristimewa. Jenis emas ini mempunyai kandungan emas sebanyak 75%.
  1. Emas 585 (14K)Emas jenis ini mempunyai kandungan emas sebanyak 58.5% dan kebanyakkan digunakan dalam rekaan barangan aksesori kerana daya tahan yang sangat kuat.
  1. Emas 375 (9K) – Jenis emas ini adalah yang mempunyai kandungan emas yang terendah iaitu sebanyak 37.5%. Ianya juga turut dikenali sebagai emas suasa yang menjadi popular dalam pembuatan cincin lelaki.

Bagaimana Warna Emas Ditukar Menjadi Warna Menawan Yang Lain?

Terdapat tiga cara untuk menukarkan warna asal emas iaitu kuning kepada warna-warna lain iaitu:

  1. Campuran Aloi 

Sifat emas semula jadi yang lembut memerlukan emas dicampur dengan dengan bendasing atau dipanggil aloi untuk menguatkan struktur emas.

Antara jenis aloi yang digunakan termasuklah perak, platinum, tembaga dan aluminum yang dilihat berupaya menghasilkan warna emas selain warna kuning iaitu emas putih serta merah jambu. Sekiranya warna tidak lagi berseri dan menyerlah, hanya perlu melalui proses kilatan dan cucian sahaja. 

  1. Teknik Elektroplating 

Untuk teknik ini, ia hanya dilakukan dengan menambah lapisan cat emas pada barang kemas secara elektrolitik. Kebiasaannya warna emas yang terhasil adalah lebih terhad kepada warna emas putih dan merah jambu.

Lapisan ini akan pudar dan kembali kepada warna asal emas iaitu kuning pada jangka masa yang lama. Untuk memulihkan barangan kemas kepada rekaan asal, teknik ini perlu dilakukan semula dan menjadikan ianya kelihatan seperti baru. 


  1. Melalui kemasan Cataphoresis Lacquer

Kemasan jenis ini digunakan untuk mengubah warna emas kepada warna selain kuning tanpa mengubah berat sesuatu barangan emas itu.

Warna yang dihasilkan tidak terhad kepada warna emas putih dan merah jambu tetapi turut boleh menghasilkan warna-warna lain seperti merah, ungu, hijau, biru dan lain-lain. Warna ini tidak akan luntur dan kekal jika cara pemakaian dan penjagaan barangan kemas dilakukan dengan betul.

Kemasan seperti ini boleh dijumpai pada koleksi Oro Italia 916 yang ditawarkan hanya di HABIB dalam pelbagai rekaan.

Dengan ini, nampaknya anda tidak perlu bimbang dan khuatir sekiranya hendak membeli emas yang berwarna selain daripada warna kuning. Setiap barangan emas masih mempunyai nilai untuk dijual semula mengikut harga pasaran dunia.

Buat orang ramai yang ingin menukarkan barangan kemas lama kepada yang baru, sepanjang Pesta Emas yang sedang berlangsung di seluruh bilik pameran HABIB sepanjang bulan Jun 2022 secara percuma. Selain itu, perkhidmatan seperti mengubah saiz barangan kemas, menggilap, mengukir turut ditawarkan di seluruh bilik pameran HABIB.

Untuk maklumat lanjut, layari laman rasmi HABIB hari ini di www.habibjewels.com dan ikuti HABIB di laman media sosial rasmi mereka.