Carian
Sunway Carnival Mall Pulau Pinang Berwajah Baharu – Kini Hadir Dengan 350 Kedai Untuk Dikunjungi
June 24, 2022 Lina Rosli

Setelah hampir 2 tahun dibina dan ditambah keluasan tapak, kini Sunway Carnival Mall sudah boleh mula dikunjungi oleh orang ramai.

Dengan jumlah 1,000,000 kaki persegi, Sunway Carnival Mall ini menampilkan sekitar 350 kedai dan pusat konvensyen yang menawarkan segala keperluan anda. Tidak hanya itu, ia juga merupakan pusat membeli-belah terbesar di tanah besar Pulau Pinang yang hadir dengan pelbagai fasiliti yang mudah untuk diakses.

Berdasarkan perkongsian Sunway, pusat membeli-belah ini menampilkan pelbagai kedai dari jenama antarabangsa dan tempatan seperti BaskBear Coffee, Burger King Malaysia, UNIQLO, Jaya Grocer, JD Sports, Charles & Keith, Bath & Body Works, Innisfree, Laneige dan Victoria Secret.

Tidak hanya itu, ia juga membawakan kepada rakyat Pulau Pinang pawagam GSC terbesar di wilayah utara dengan 13 skrin. Menarik bukan?

Bersempena pelancaran pada hari ini juga, kebanyakan jenama menawarkan pelbagai promosi eksklusif yang boleh dinikmati oleh pelanggan terawal di setiap kedai. Antaranya:

  • 100 minuman percuma kepada pelanggan terawal di BaskBear Coffee
  • 30 pelanggan pertama yang membayar di Charles & Keith boleh menikmati diskaun RM50 untuk kasut dan beg. Promo hanya untuk 3 hari pertama sahaja.
  • 100 burger percuma untuk pelanggan Burger King pada 24 Jun 2022. Anda juga boleh menebus 3 keping Onion Ring dengan sebarang pembelian daging lembu, ayam atau hidangan set burger premium sehingga 7 Julai 2022.

Bagi yang tidak mengetahui, Sunway Carnival Mall terletak secara strategik berhampiran Jambatan Pulau Pinang yang ikonik serta mudah diakses dari Lebuhraya Utara-Selatan dan Lebuhraya Butterworth-Kulim. Ia juga merupakan pusat beli-belah yang dikelilingi oleh pusat komersial yang terkenal iaitu Sunway Hotel Seberang Jaya dan The Light Hotel.

Untuk sebarang promosi lain, jangan ketinggalan untuk ikuti perkongsian Sunway Carnival Mall di akaun Facebook rasmi mereka hari ini.

Komen