Anessa X Marvel – Pelindung Matahari Dengan Pek Bungkusan Istimewa Adiwira Marvel
Lina Rosli
Secara umumnya, pelindung matahari berfungsi sebagai agen yang melindungi kulit daripada UVB dan UVA daripada memberi kesan yang buruk kepada kulit.
Oleh itu, dengan adanya variasi pilihan pelindung matahari di pasaran, ia bukan sahaja memudahkan pengguna untuk memakai dan melapiskan semula ke atas kulit, tetapi juga memberikan keselesaan yang berpanjangan sepanjang hari.

Selari dengan keperluan pengguna juga, Anessa telah sedia hadir penawaran produk pelindung matahari yang menghalang UV daripada terkena kulit. Tetapi untuk tampil lebih menarik, jenama ini dilihat hadir dengan pek pembungkusan yang istimewa iaitu Anessa X Marvel.
Jenama pelindung matahari Anessa telah bekerjasama dengan Marvel untuk menawarkan perlindungan UV yang berkuasa. Ia dilengkapi dengan teknologi penggalak auto dan SPF 50+ PA++++ untuk memberikan perlindungan daripada sinaran yang maksima. Ditambah lagi dengan bahan-bahan yang yang membantu melembapkan seperti ekstrak akar tormentil dan kolagen larut air, ia dijangka berupaya menghasilkan kulit selembut kulit bayi.

Untuk koleksi ini, ia didatangkan dengan 3 pilihan pek berbeza iaitu Spiderman, Marvel dan Black Widow.
Berdasarkan perkongsian laman web Shiseido Japan, produk ini terhad di beberapa lokasi sahaja dan setakat ini masih tidak ditawarkan untuk pasaran tempatan. Namun, Watson Malaysia menjangkakan akan membawa masuk pelindung matahari Anessa X Marvel ini bermula 1 Julai 2022.