Taco Bell hari ini membuka restoran ke-10 mereka di Malaysia, di Jalan Mohd Fuad, Taman Tun Dr Ismail (TTDI).

Restoran Taco Bell di TTDI turut hadir dengan keluasan 2,400 kaki per segi, selain dengan rekaan yang agak unik untuk para peminat Taco Bell menikmati makanan dalam restoran, serta mesra Instagram.

Taco Bell mengatakan mereka akan lebih aktif dalam memperluaskan jenama tersebut di Malaysia. Sehingga kini, Taco Bell telah mengambil lebih 300 pekerja, dan menghidangkan lebih 750,000 taco sejak ia dibuka pada April 2021 kelak.

Tiga lagi restoran Taco Bell akan dibuka dalam masa terdekat, termasuk di Nilai Square, Seremban, Aeon Bukit Tinggi Klang, dan juga di Setia City Mall, Shah Alam.