Memandangkan rakyat Malaysia semakin mementingkan kesihatan, ramai yang kini mula menikmati pilihan makanan yang sihat setiap hari, termasuk makanan ringan.

Walau bagaimanapun, meluangkan masa dan usaha untuk menyediakan makanan yang sihat dan lazat boleh menjadi mencabar, terutamanya apabila jadual anda padat dengan pelbagai aktiviti. Maka tidak hairanlah kebanyakan individu kini mula merebut apa sahaja yang mudah untuk didapati bagi mengisi perut.

Bagi memastikan individu kekal mendapat khasiat yang mencukupi sepanjang hari, kini Munchy’s hadir dengan hidangan lengkap yang menawarkan 10 nutrien yang merangkumi vitamin (A, B1, C, B6), kalsium, zat besi, zink, asid folik, tembaga dan selenium menerusi Munchy’s Cracker Plus.

Tidak hanya itu, snek dari Munchy’s ini juga mengandungi sifar kolesterol dan lemak trans yang menjadikan setiap hidangan kekal rangup dan memberikan kepuasan di dalam setiap gigitan di samping membekalkan tenaga pada tengah hari atau selepas bersenam.

Menurut Munchy’s juga, pengambilan snek yang bernutrisi di antara waktu makan dilihat dapat membantu mengekang keinginan lapar sekaligus mengelakkan daripada makan berlebihan semasa waktu makan. Oleh itu, dengan adanya Munchy’s Crackers Plus, ia menyediakan mikronutrien yang diperlukan oleh badan serta menjamu selera secara sihat dan sempurna.

Bagi yang berminat, Munchy’s Crackers Plus didatangkan dalam tiga perisa lazat iaitu:

  • Original High Calcium
  • High Protein Chia Seeds
  • High Fibre Whole Grain

Dapatkannya dalam dua saiz pek iaitu pek 3 pek 300g pada harga RM4.80 dan pek 7 pek 700g pada harga RM10.90.