Telah diperkenalkan sejak tahun 2019, ZUS Coffee telah menjadi salah satu jenama kopi yang berkembang dengan pesat dan mendapat capaian luas dalam kalangan penggemar minuman di sekitar Malaysia.
Bermula dengan pembukaan cawangan pertama ZUS Coffee di Binjai 8 Condominium Kuala Lumpur, jenama ini telah berjaya membuka lebih 101 cawangan yang boleh diakses di beberapa negeri iaitu Penang, Perak, Selangor, Kuala Lumpur, Negeri Sembilan dan Johor.
Tidak hanya itu, tawaran hidangan di kafe ZUS ini juga sudah lebih variasi dan tidak hanya tertumpu kepada menu berasaskan kopi sahaja. Ia merangkumi hidangan pastri, minuman botol, minuman yang menggunakan produk berasaskan tumbuhan dan banyak lagi.
Selari dengan misi mereka iaitu menyampaikan kopi istimewa sebagai keperluan harian untuk semua nikmati, ZUS Coffee kini telah berjaya menyediakan dan menghantar sekitar 7,392,701 cawan minuman kepada pelanggan yang turut dikenali sebagai ZUSsies.
Untuk pengetahuan anda, kopi yang dibancuh ZUS menggunakan biji yang diperoleh daripada Brazil FAF dan memanggangnya secara tempatan. Dengan ini, ia bukan hanya memudahkan mereka untuk mengawal kualiti dan titik harga untuk kopi, tetapi juga menjadikan kopi istimewa mampu milik untuk semua orang.
Bagi anda yang belum pernah mencuba kopi dari ZUS Coffee, mula lakukan pesanan hari ini sama ada pembelian terus di kedai fizikal ataupun secara atas-talian menerusi aplikasi ZUS Coffee, GrabFood, FoodPanda dan ShopeeFood.
Muat-turun: Aplikasi ZUS di App Store atau Play Store