Espresso

Espresso juga turut dikenali sebagai short black. Ia diperbuat dengan menggunakan
melalukan wap air panas kepada bijian kopi yang telah dikisar. Hasilnya ialah apa yang kita
kenali sebagai espresso. Espresso ialah kopi dalam bentuk yang paling asas. Walaupun
kelihatan mudah, ia memerlukan pembuatnya untuk menguasai teknik asas penghasilan
kopi. Espresso juga digunakan sebagai asas penghasilan kopi lain.
Doppio

Doppio juga turut dikenali sebagai double espresso. Ia mengandungi dua shot (60ml)
kandungan espresso. Minuman ini pekat dan tinggi dengan kandungan kafien. Ia bukanlah
minuman untuk mereka yang ingin berjinak-jinak dengan kopi.
Latte

Latte dianggap sebagai minuman pengenalan kepada kopi. Rasa latte lebih mild kerana
keasidan dan kepahitan kopi diseimbangkan dengan campuran susu yang berkrim dalam
minuman tersebut. Latte dibuat dengan menggunakan 1 shot espresso, 250ml susu yang
di stim dan buih susu di atasnya. Ia juga turut ditambah dengan sirap manis berperisa seperti karamel, coklat, vanilla dan lain-lain lagi untuk memberikannya pelbagai rasa dan memberi kepuasan kepada peminumnya yang inginkan minuman kopi yang manis.
Americano

Penghasilan Americano dikatakan bermula ketika perang dunia kedua. Pada waktu ini,
askar-askar akan mencampurkan 3 bahagian air air kepada 1 bahagian espresso untuk
memperbanyakkan catuan kopi agar ia dapat dinikmati untuk jangkamasa yang lebih lama.
Walaupun ia telah dicairkan, americano masih mempunyai kandungan kafien yang sama
seperti espresso.
Cappuccino

Cappuccino diperbuat dengan menggabungkan 1 bahagian espresso dengan 1 bahagian
buih susu di lapisan atas kopi tersebut. Seterusnya, susu panas yang telah distimkan
dengan menggunakan milk steamer akan dituangkan secara perlahan-lahan untuk
menghasilkan latte art yang pelbagai rupa dan corak. Cappuccino kebiasannya dihidangkan
sebagai minuman kopi di pagi hari sewaktu sarapan.
Macchiato

Macchiato dalam bahasa Itali bermaksud tanda noda. Ini merujuk kepada cela yang
ditinggalkan oleh susu yang distim kepada 1 bahagian espresso tatkala minuman ini
sedang dibuat. Macchiato dihidangkan dalam gelas kecil dan merupakan variasi kepada
ekpresso dengan sedikit campuran susu. Adakalanya sirap manis berperisa ditambahkan ke
dalam minuman ini untuk memberikan rasa manis.
Flat White

Resepi kopi flat white berasal dari New Zealand dan Australia. Ia mempunyai banyak
persamaan dengan cappucino, namun tidak mempunyai lapisan buih susu dan serbuk
coklat. Susu yang digunakan juga adalah berkrim dan bukannya berbusa.
Mocha

Mocha merupakan satu lagi minuman kopi untuk mereka yang tidak terlalu menggemari
minuman kopi berkafien tinggi. Dicipta di Amerika, ia diperbuat dengan campuran serbuk/
sirap coklat, espresso dan susu yang telah distim, lalu dihidangkan dengan krim putar atau
buih susu di lapisan atasnya.
Cafe au lait

Cafe au lait ialah bahasa Perancis yang bermaksud ‘kopi dengan susu’. Seperti yang di
cadangkan dengan namanya, ia diperbuat dengan susu dan kopi dalam kandungan yang
sama banyak. Beza kopi ini dengan kopi lain ialah kopi yang digunakan diperbuat mengikut
kaedah french press, manakala susu panas pula digunakan menggantikan susu yang distim.
Frappuccino

Frappuccino adalah antara minuman kopi yang digemari ramai dan dipopularkan oleh
Starbucks. Ia diperbuat dengan mengisar ais, susu yang dimaniskan dengan gula, 1
bahagian espresso dan sirap manis berperisa. Ia kemudiannya dihidangkan dengan krim
putar yang dihiaskan dengan pelbagai serbuk, sos atau bahan-bahan lain yang manis.
Affogato

Walaupun mengandungi kopi, affogato pula adalah hidangan pencuci mulut, dan bukannya
minuman. Ia diperbuat dengan menuangkan satu shot espresso kepada 1 scoop aiskrim
vanilla, yang menjadikan hidangan pencuci mulut ini popular di kalangan peminat kopi.
Iced Coffee

Iced coffee bukanlah minuman kopi yang ditambahkan dengan ketulan ais seperti yang
anda sangka apabila anda mendengar nama minuman ini. Sebaliknya, ia diperbuat dengan
menggunakan ketulan ais daripada kopi yang telah disejukbekukan. Susu dan sirap manis
berperisa kemudiannya akan dicampurkan bersama ais Akopi tersebut. Rasa minuman ini
akan terserlah sebaik sahaja ais kopi mula mencair. Minuman ini popular di kalangan
mereka yang tidak mahu minuman yang terlalu berkafien terutama sekali bila cuaca panas.
Red Eye

Seperti doppio, red eye juga adalah minuman yang dikenali mereka yang gemar-gemar
menyukai kopi. Ia diperbuat dengan 1 bahagian espresso dengan 5-6 bahagian kopi drip.
Ini menjadikannya kopi yang tinggi dengan kafien, walaupun ia telah dicairkan.
Ditulis oleh: Min Ahmad