Farooq Diterbitkan 1 July 2022

Ini Adalah 4 Jenis Biji Kopi Yang Anda Perlu Tahu

Pada skala 1-10, berapakah skala kekerapan anda mengambil kafien setiap hari? Jika anda seorang penggemar kopi, tentu anda tahu bahawa setiap jenis biji kopi mempunyai rasa yang berlainan bergantung kepada beberapa faktor.

5 Faktor Yang Mempengaruhi Rasa Kopi

  1. Lokasi biji kopi ini ditanam, seperti jenis kawasan yang tinggi, jenis iklim dan jugaa jenis tanah
  2. Cara tanaman seperti baja atau baahaan kimia apa yang digunakan, masa memetiknya dan banyak lagi.
  3. Masa ia dituai
  4. Kaedah biji kopi ini dibasuh, dikeringkan dan dipanggang
  5. Jenis-jenis biji kopi yang digunakan

Bagi anda yang belum tahu, sebenarnya biji kopi yang ada di dunia ini terdiri daripada 4 jenis biji kopi yang asas yang mana setiap satunya membawakan rasa yang berbeza.

4 Jenis Biji Kopi Asas Yang Anda Perlu Tahu

1. Arabica

Arabica ini adalah antara biji kopi yang paling dikenali walaupun anda bukan daripada golongan yang meminati dunia kopi. Ia merupakan antara biji kopi yang sering dipilih untuk pengeluaran kopi dunia. Biji kopi ini mempunyai rasa sedikit manis yang juga rasa seakan-akan coklat serta rasa kekacang atau buah-buahan sedikit di hujung hujung lidah.

Arabica ini juga dikenali sebagai biji kopi yang paling asli dalam dunia kopi kerana ia datang daripada pokok kopi pertama yang ditanam di Ethiopia pada abad ke-9. Proses tanamannya juga memerlukan jagaan yang rapi kerana biji kopi Arabica ini mudah untuk rosak jika tidak dijaga dengan baik. Sebaiknya ia perlu ditanam pada altitud yang tinggi tetapi mempunyai suhu persekitaran yang sederhana serta tanah yanng subur. Mungkin disebabkan itu, biji kopi ini sedikit mahal jika dibandingkan dengan biji-biji kopi yang lain.

2. Robusta

Biji kopi jenis Robusta ini merupakaan biji kopi kedua terbesar yang dipasarkan. Pokoknya mudah hidup di kawasan beriklim panas dengan kadar hujan yang minimum walaupun pada altitud yang berlainan.

Rasa kopinya ada unsur-unsur coklat sedikit tetapi ia lebih pahit dari Arabica. Namun kepahitannyalah yang membuatkannya lebih sedap jika dibuat espresso, diletak susu atau gula. Kadar kafeinnya adalah dua kali ganda berbanding kopi Arabica. Jadi ia sesuai untuk dijadikan minuman bertenaga di pagi hari.

3. Liberica

Biji kopi ini lebih besar daripada jenis biji kopi yang lain dan memakan masa yang lebih lama daripada Arabica untuk membesar. Jika Arabica memakan masa selama 9 bulan untuk matang, Liberica ini mengambil masa selama 14 bulan matang.

Kopi Arabica ini mempunyai aroma dan rasa yang sangat kuat. Rasanya mempunyai unsur-unsur buah dan flora sedikit di hujung lidah. Anda juga boleh dapat rasa “smoky” daripada biji kopi Liberica ini yang mana ia sedikit berlainan daripada jenis biji kopi yang lain.

4. Excelsa

Biji kopi Excelsa ini berasal daripada keluarga Liberica juga tetapi mempunyai rasa yang berlainan. Kebiasaannya, kopi Excelsa ini boleh didapati di Asia Tenggara dan menyumbang lebih kurang 7% daripada pengeluaran kopi dunia. Dari segi rupa, ia seakan-akan kopi Robusta, tetapi rasanya berlainan. Kalau rasanya pula, ia mempunyai rasa seakan buah dan biji kopi yang dipanggang ringan. Jika anda gemar menggunakan kopi yang telah siap dikisar, kopi jenis Excelsa ini adalah pilihan yang baik.

Ditulis Oleh: Syafia Hani