Sehingga 3 Julai 2022, jangan lepaskan peluang anda untuk berkunjung ke Pesta Kopi Extended yang diadakan di The Curve, Mutiara Damansara.

Ia merupakan acara anjuran oleh TF Studio dengan kerjasama The Curve dan Mister Coffee. Tidak hanya tertumpu kepada jualan dan penyediaan kopi, terdapat pelbagai aktiviti turut diadakan bagi memeriahkan lagi sambutan berkenaan seperti Barista Challenge, kuiz, cabutan bertuah dan banyak lagi.

Mengulas lanjut mengenai kuiz yang diadakan sempena Pesta Kopi Extended, penyertaannya adalah percuma dan terbuka kepada sesiapa sahaja yang berminat. Bagi setiap individu yang berjaya menjawab soalan kuiz bertemakan kopi, anda berpeluang mendapatkan set coaster edisi terhad yang menampilkan kata-kata menarik seperti “Mocha Maju Jaya”, “Espresso Diri Anda” dan lain-lain.

Untuk penawaran kopi pula, anda boleh mencuba variasi jenis kopi yang ditawarkan oleh pelbagai jenama. Antara yang menyertai Pesta Kopi Extended ini adalah DaVinci Gourmet, MN Coffee, Thinker Kopi, Kopi Dua Darjat, Kugiran Kopi, Laiyan Kopi, Kopi4Kofe dan macam-macam lagi.

Menarik bukan? Pastikan anda tidak ketinggalan dalam merasai pengalaman Pesta Kopi yang unik kerana menurut TF Studio, ini merupakan anjuran yang terakhir untuk tahun 2022. Oleh itu, kunjungi ke Pesta Kopi Extended hari ini bermula jam 11 pagi sehingga 9 malam dan tambah pengetahuan anda mengenai kopi serta ketahui cara penyediaan kopi yang sesuai mengikut jenis biji kopi yang ada di pasaran.