Platform edagang fesyen ZALORA kini hadir dengan siri podsiar baharu musim ketiga ZALORA Talks. Ia memfokuskan kepada perbincangan yang melibatkan kecantikan, fesyen dan budaya terkini yang diceritakan melalui lensa Asia.

Selepas kejayaan Zalora Talk Musim 1 dan 2, musim kali ini terdiri daripada enam episod 40 minit yang mengumpulkan pakar industri, jenama dan KOL untuk membincangkan beberapa isu terkini dalam sektor mereka.

Ini termasuk perbincangan isu berat seperti topik pertumbuhan kecantikan Halal, topik kontroversi pembedahan plastik, isu mengenai standard kecantikan dan stereotaip, serta topik yang lebih ringan tentang gelombang Hallyu dan petua pakaian.

Antara jemputan yang dibawakan di dalam ZALORA Talks termasuklah Ketua Jualan PayPal untuk Asia Tenggara, Rajkishore Agrawal, usahawan kecantikan, Savina Chow, pakar kecantikan dan jurusolek halal, Noriana, serta pakar kesihatan dan psikologi, Dr. Anna Tuazon.

Menurut Zalora, podsiar ini akan dilaksanakan secara mingguan dan akan disiarkan setiap hari Isnin bermula 4 Julai 2022 yang lepas. Anda juga boleh mendengar perbincangan musim lepas yang kini tersedia di Spotify: Zalora Talks dan Apple Podcast sementara untuk versi video pula episodnya juga tersedia di YouTube.