Kedai Dengan Ruang Komunal, Nike By Sunway Tampil Dengan Pengalaman Beli-Belah Yang Unik

July 4, 2022
Uncategorized

Lina Rosli

Memfokuskan kepada pengalaman membeli-belah yang lebih menarik, GMG iaitu sebuah syarikat peruncitan dan pengedaran produk sukan, makanan dan kesihatan terkemuka kini telah memperluaskan penawaran mereka di Asia dengan memperkenalkan kedai Nike baharu di pusat beli-belah Sunway Pyramid yang terletak di Petaling Jaya, Selangor.

Nike By Sunway adalah sebuah kedai barangan sukan yang dilengkapi dengan ruang khas yang direka untuk komuniti tempatan dalam menghubungkan peminat sukan dari semua lapisan masyarakat melalui pengalaman manusia yang unik. Di kedai serba baharu ini, pelanggan dihoskan oleh atlet kedai yang berpengetahuan luas serta pakar untuk pelbagai kategori dan gaya dalam persekitaran runcit yang inovatif dan digital.

Berdasarkan perkongsian Nike By Sunway, apabila pelanggan memasuki ke ruangan kedai, ia memberi persona seakan berada di rumah. Di dalamnya, pelanggan juga boleh merasa pengalaman Best-of-Nike yang bersesuaian dengan citarasa masing-masing.

Tidak hanya itu juga, Nike by Sunway mengekalkan paparan kasut Nike yang ikonik dengan penyusunan setempat dan bermusim dengan teliti. Dengan mengambil kira pengalaman pelanggan Best-of-Nike, bilik persalinan turut tidak terkecuali dalam mencipta pengalaman percubaan yang selesa kepada pelanggan. Ia dilengkapi dengan cermin tinggi, pencahayaan yang boleh ditala dan butiran terperinci tentang perjalanan percubaan.

Sekiranya anda ingin mendapatkan pengalaman membeli-belah yang lebih diperibadikan, anda juga boleh menempah perkhidmatan temu janji untuk membeli-belah dalam kedai, penghantaran ke rumah dan pengambilan di tepi jalan di mana pembeli boleh mengambil peralatan mereka di tempat yang ditetapkan dalam pusat membeli-belah.

© 2025 Amanz Media Sdn Bhd