Carian
UNIQLO Hadir Dengan Aplikasi StyleHint – Enjin Carian Gaya Fesyen Yang Interaktif
July 5, 2022 Lina Rosli

UNIQLO baru-baru ini telah mengumumkan pelancaran StyleHint di Malaysia yang mana ia merupakan aplikasi mudah alih yang memberi pengguna peluang untuk menemui pakaian yang mereka gemari dan cara baharu untuk menggayakan gaya kegemaran mereka

Berfungsi sama seperti enjin carian biasa, SytleHint menampilkan cadangan gaya dan juga produk fesyen dari UNIQLO yang boleh diakses secara percuma oleh pengguna berdaftar. Bagi setiap gambar yang dimuatnaik oleh pengguna, ia akan disertakan sekali pautan untuk beli yang membolehkan peminat UNIQLO LifeWear membeli-belah rupa dan gaya yang dikongsikan oleh rakan komuniti digital sedunia.

Bagaimana Aplikasi StyleHint Berfungsi?

Untuk menggunakan StyleHint, anda hanya perlu:

  1. Daftar sebagai ahli komuniti digital StyleHint.
  2. Terokai dan ikuti gaya fesyen dari rakan komuniti yang dari seluruh dunia.
  3. Muat-naik gaya UNIQLO kegemaran anda untuk dikongsikan sebagai cadangan penggayaan.
  4. Suai dan padankan gaya anda mengikut palet warna yang digemari.

Apabila anda telah menemui gaya yang anda minati, StyleHint menyediakan ciri ‘Favourite‘ yang membenarkan anda untuk menanda dan menyimpan foto yang disukai sebagai rujukan. Melaluinya, ia memudahkan anda untuk mencari semula gaya-gaya yang telah dikongsikan untuk kegunaan sewaktu membeli-belah di UNIQLO.

Selain itu, bagi setiap foto yang dikongsikan juga, ia mengepilkan sekali pautan belian untuk item dan produk yang digunakan. Jadinya, anda boleh terus dapatkan item yang serupa dengan gaya yang anda temui dan ianya akan dihantar terus di hadapan pintu rumah anda.

Menarik bukan? Muat-turun aplikasi StyleHint bermula hari ini di App Store dan juga Play Store. Bagi pengguna baharu, anda boleh nikmati diskaun RM15 untuk pembelian seterusnya apabila anda log masuk atau mendaftar dengan akaun UNIQLO.

Komen