Bersempena dengan musim durian yang masih lagi menjadi bualan ramai individu di Malaysia, IKEA dilihat tidak ketinggalan dalam meraikan kenikmatan durian melalui penawaran menu hidangan edisi terhad di restoran dan bistro mereka.

Bertemakan rasa durian, IKEA menampilkan pilihan pastri dan kek yang baharu iaitu FIKA Set D24 Durian Cream Cake, Durian Croissant, Durian Pie, Durian Soft Serve dan banyak lagi.

Menarik bukan? Kesemua menu ini ditawarkan pada tempoh yang terhad iaitu sehingga 31 Julai 2022 sahaja. Jadi, anda jangan lepaskan peluang untuk mendapatkan hidangan kegemaran anda pada harga yang tertera:

  • Durian Cheese Tart – RM6.90
  • Durian Pie – RM5.90
  • Durian Soft Serve – RM2.50
  • D24 Durian Cream Cake – RM9.90 (IKEA Family price) / RM10.90 (harga normal)
  • Durian Croissant – RM4.90
  • FIKA Set D24 Durian Cream Cake dengan kopi – RM9.90

Untuk pengetahuan anda, semua menu ini telahpun ditawarkan di seluruh rangkaian restoran, bistro dan kafe IKEA di seluruh Malaysia. Tidak hanya anda boleh berkunjung ke rangkaian berdekatan, IKEA juga kini telah memperkenalkan beberapa servis penghantaran yang mana anda boleh melakukan pesanan secara atas-talian melalui aplikasi BungkusIt dan Foodpanda, ataupun anda juga boleh memilih untuk bawa pulang atau pesan di laman rasmi IKEA.

Sumber: IKEA