Platform barangan runcit atas-talian HappyFresh telah memperkenalkan HappyFresh Supermarket.

Penawaran ini bertujuan untuk meningkatkan akses kepada barangan runcit segar dan kering kepada pengguna dengan cara yang lebih mudah tanpa perlu beratur di kedai fizikal selain memberi peluang kepada individu untuk mendapatkan penjimatan ketika pembelian barangan segar hanya menerusi aplikasi mudah-alih.

Menurut HappyFresh, mereka menawarkan produk-produk berkualiti tinggi yang baru dipilih dengan teliti dan kemudiannya dibawakan terus ke pintu rumah pelanggan dengan penghantaran percuma bagi setiap pesanan.

Untuk pengetahuan anda, Happy Fresh mempunyai gudang mereka yang tersendiri, maka bagi setiap produk yang dikeluarkan akan berdasarkan harga yang merek tetapkan.

Selari dengan pelancaran kempen Harga Termurah Di Bandar (Cheapest In Town) ini juga, Happy Fresh Supermarket menawarkan harga yang berbaloi kepada orang ramai yang mana untuk sayuran segar pada harga serendah RM0.70. Tidak hanya itu, baucar diskaun sehingga 30% turut diberikan kepada pelanggan bagi menikmati pengalaman membeli-belah yang lebih jimat.

Tambah Happy Fresh lagi, pelanggan tidak perlu risau akan risiko kehabisan stok kerana Happy Fresh Supermarket mempunyai lebih daripada 15,000 unit barangan segar ditawarkan kepada semua di beberapa kawasan terpilih termasuk sekitar Lembah Klang, Batu Caves, Bangsar, Ampang, Kajang, Setia Alam, Petaling Jaya dan Klang.

Sekiranya anda melakukan pesanan pembelian barangan basah di Happy Fresh Supermarket, aplikasi ini menawarkan sokongan pembayaran menggunakan dompet digital seperti GrabPay, Boost, Touch ‘n Go eWallet atau anda turut boleh melakukan pembayaran melalui kad debit atau kredit.

Tidak hanya itu, Happy Fresh juga hadir dengan pilihan pembayaran sewaktu penghantaran sama ada menggunakan tunai dan juga DuitNow QR.

Menurut HappyFresh Supermarket juga, syarikat ini mula mengurangkan penggunaan plastik sewaktu penghantaran dan mula hadir dengan pek pembungkusan dalam bentuk kotak secara percuma.

Untuk mencubanya, anda boleh memuat-turun aplikasi Happy Fresh di App Store dan Play Store bermula hari ini.