Status halal bagi sesuatu produk merupakan antara faktor yang penting sebelum anda memilih dan melakukan pembelian produk. Hal ini kerana sijil halal berfungsi dalam memberi jaminan kepada pengguna bahawa produk makanan dihasilkan mengikut undang-undang Syariah, bersih, mesra alam serta turut menghormati kebajikan haiwan.

Oleh sebab itu, rata-rata jenama kini telah sedia memandang serius akan isu halal bagi setiap pengeluaran mereka bagi memastikan akses kepada produk halal dapat dipasarkan secara meluas.

Tidak ketinggalan, kini Lazada memperkenalkan Laz Halal yang mana pengguna boleh membeli produk yang 100% sah diperakui halal. Melalui saluran ini juga, ia menghimpunkan aneka jenama dan produk halal keluaran tempatan dan juga jenama antarabangsa yang telah disahkan mempunyai pensijilan Halal JAKIM.

Menurut Lazada, Laz Halal juga telah diwujudkan bagi menyokong usahawan tempatan yang berhasrat untuk memasarkan produk yang diperakui Halal merangkumi barangan keperluan dapur dan barangan makanan dan minuman, serta produk penjagaan kesihatan, fesyen, kecantikan dan pelbagai produk Halal yang lain.   

Bagaimana Anda Boleh Mengakses Laz Halal?

Untuk mencari dan menerokai barisan produk halal yang ditawarkan di Lazada, anda boleh menekan banner pada halaman utama aplikasi Lazada dan menambah produk yang ingin anda beli ke dalam bakul Lazada anda.

Selain itu, Laz Halal turut menawarkan beberapa baucar eksklusif untuk pembelian yang dilakukan di dalam ruangan Laz Halal. Ia termasuklah diskaun RM8, diskaun 10% untuk pembelian minima RM80 di Signature Market, diskaun RM5 untuk pembelian minima RM65 di Munchy’s dan banyak lagi.

Layari Laz Halal di aplikasi Lazada