Carian
Mari Nikmati Bufet Durian Di Acara Jom Beli Lokal Bluedome Mines Pada 16 & 17 Julai 2022
July 6, 2022 Lina Rosli

Berbeza dengan musim durian yang disambut ketika pandemik sebelum ini, tahun 2022 menyaksikan sambutan makan durian yang cukup meriah di kebanyakan lokasi di seluruh Malaysia. Ia telahpun bermula sejak pertengahan Jun lagi yang mana rata-rata lokasi telahpun menawarkan pelbagai jenis durian dengan harga yang berpatutan

Bersempena dengan musim ini juga, Wahed Technologies Sdn Bhd telah menawarkan kepada pelanggan baharu dan sedia ada mereka untuk menikmati bufet durian yang diadakan di acara Jom Beli Lokal Bluedome Mines.

Bufet durian ini boleh dinikmati bermula 16hb Julai 2022 sehingga 17hb Julai 2022. Anda hanya perlu mendaftar sebagai pelanggan Wahed dan membuka akaun pelaburan Wahed sementara jika anda telah sedia mempunyai akaun, ia perlulah aktif dengan pelaburan minimum RM100 yang telah didanakan.

Jangan ketinggalan untuk bersama-sama memeriahkan Promosi Bufet Durian Wahed di acara Jom Beli Lokal yang diadakan di Sapura@Mines yang beralamat di 7, Jalan Tasik, Mines Wellness City, 43300 Seri Kembangan, Selangor.

Komen