Pernahkah anda menyimpan bar coklat untuk tempoh yang lama dan kemudiannya anda mendapati bahawa coklat tersebut masih lagi berada dalam keadaan yang sama walaupun dijumpai selepas beberapa tahun?

Anda mungkin mendapati ia pelik, tetapi coklat boleh tahan untuk tempoh yang lama disebabkan oleh kehadiran mentega koko sebagai bahan utama. Namun, harus diingatkan bahawa coklat yang lama mungkin akan membentuk seakan kulat berwarna putih yang dikenali sebagai ‘Fat Bloom‘ pada permukaannya disebabkan oleh pengasingan mentega dan coklat.

Kebiasaannya, perkara ini berlaku apabila coklat separa cair selepas disimpan di kawasan yang terlalu lembap atau panas. Fat Bloom cenderung mengubah rupa coklat selain turut mengubah tekstur dan rasa bar coklat.

Oleh itu, walaupun rupanya seakan boleh dimakan, tetapi tekstur berbutir atau serbuk putih yang terdapat pada coklat berkenaan akan membuatkan rasa menjadi tidak enak sekaligus anda juga mungkin tidak seronok memakannya.

Sama seperti apa yang berlaku pada coklat yang dihadiahkan oleh Ratu Victoria pada tahun sekitar 1900, tin yang berisi coklat telah ditemui di dalam bekas topi keledar Perang Boer di Oxburgh.

Untuk pengetahuan anda, tin coklat tersebut telah berusia hampir 122 tahun. Ia dijumpai di loteng sebuah rumah agam Inggeris milik Sir Henry Edward Paston-Bedingfeld, yang bertempur dalam Perang Boer Kedua.

Pada ketika itu, kakitangan dan keluarga anak perempuan Sir Henry iaitu Frances Greathead mula mengagihkankan barangan berikutan kematiannya pada 2020 pada usia 100 tahun sebelum rumah agam tersebut dijual dan dilelong pada tahun 1951.

Menurut National Trust, Ratu Victoria telah memberikan lebih 100,000 tin dengan coklat setengah paun (226 gram) untuk tentera Britain yang ditempatkan di Afrika Selatan pada tahun 1900. Setiap askar dan pegawai yang terlibat akan menerima kotak yang bertulis “Afrika Selatan 1900” bersama-sama dengan tulisan tangan Ratu untuk meningkatkan semangat.

Walaupun ramai askar mengekalkan tin mereka, hanya beberapa yang terselamat.

Sumber: National Trust Org