Carian
Jom Cuba Kek Milo Keju Di Secret Recipe, Berharga RM12 Sepotong
July 8, 2022 Lina Rosli

Secret Recipe merupakan syarikat rantaian kedai kek yang popular di Malaysia sejak penubuhannya pada tahun 1957. Menjadi antara jenama yang digemari ramai, Secret Recipe hadir dengan pelbagai pilihan kek yang boleh anda nikmati sama ada secara bersendirian mahupun ketika menyambut ulang tahun kelahiran dan juga perkahwinan.

Baru-baru ini, Secret Recipe telah tampil dengan satu lagi rasa kek yang baharu iaitu Milo Cheesecakes yang mungkin akan menjadi kegemaran ramai individu.

Ia merupakan sebuah kombinasi yang unik dan menarik yang mana anda boleh menikmati kelazatan malt digabungkan bersama rasa manis dan masam pada kek keju. Tidak hanya itu, melengkapkan hidangan kek ini adalah sos coklat bersama-sama dengan taburan toppings bijirin dan serbuk Milo bagi menambah rasa yang lebih menyelerakan.

Berdasarkan perkongsian laman web rasmi Secret Recipe, harga jualan kek ini adalah RM12 untuk sepotong, manakala RM120 untuk kek saiz penuh.

Walau bagaimanapun, penawaran kek Milo Cheese dari Secret Recipe ini adalah terhad di beberapa lokasi terpilih sahaja iaitu di Kuala Lumpur, Selangor, Putrajaya, Penang, Pahang, Perak, Kedah dan Terengganu sahaja.

Lihat di sini: Senarai penuh cawangan Secret Recipe yang boleh anda kunjungi)

Komen