IOI City Mall adalah pusat membeli-belah yang dibina di atas keunikan IOI Resort City bersama-sama dengan gabungan servis dan perkhidmatan yang merangkumi ruangan untuk penginapan, kerja dan bermain

Menekankan konsep “daun” semula jadi sewaktu awal pembangunan Fasa 1 IOI City Mall, syarikat ini nampaknya menyambung konsep tersebut dengan menampilkan reka bentuk luaran yang menyerupai “putik” bunga untuk Fasa 2 yang dijangka boleh mula dikunjungi pada 25 Ogos 2022.

Jika dibandingkan dengan rekaan dan seni bina pusat membeli-belah yang lain, IOI City Mall hadir dengan ruang yang cukup elegan ditambah lagi dengan kehadiran ruang atrium kaca yang mengagumkan yang membolehkan pengunjung merasai langit cerah dan kelimpahan alam sewaktu berada di dalamnya.

IOI City Mall Fasa 2 akan menawarkan ruang membeli-belah dalaman, vendor runcit diluar yang dilitupi kanopi, hotel perniagaan, suite dan 3 menara pejabat. Tidak hanya itu, pusat membeli-belah ini juga membawakan pusat pendidikan, pusat sukan, pawagam dan ruang hiburan lain yang menjadikan pengalaman beriadah yang lebih meriah.

Berdasarkan perkongsian IOI City Mall juga, pusat membeli-belah ini hadir dengan ruang khas untuk IOI City Farm, ruang pameran eduria dalaman seluas 18,000 kaki persegi yang dijangka akan menyediakan aktiviti untuk kanak-kanak bagi mengenali lebih lanjut tentang tumbuh-tumbuhan dan haiwan.

Serba ringkas mengenai IOI City Farm, ruang ini bakal membawakan 3 zon yang berbeza iaitu Zon Tumbuhan, Zon Haiwan dan Zon Akuatik yang dijangka akan menjadi tumpuan para ibu bapa yang ingin membawa anak-anak mempelajari pengetahuan baharu di samping beriadah.

Tarikan utama untuk IOI City Mall Fasa 2 adalah ia membawakan aktiviti menarik untuk setiap pelawat. Kepada mereka yang menyukai aksi lasak, anda boleh ke zon sukan yang mana terdapat taman luncur, tempat aktiviti mendaki dan banyak lagi.

Untuk kafe dan restoran, terdapat lebih daripada 200 pilihan hidangan tempatan atau antarabangsa yang boleh anda kunjungi. Di laman luar IOI City Mall juga dibina ruang-ruang interaktif termasuklah dewan serbaguna, taman atas bumbung dengan konsep terbuka.

Untuk maklumat lanjut, layari laman web rasmi IOI City Mall