GS25, Kedai Serbaneka Popular Korea Selatan Bakal Dibuka Di Malaysia Menjelang 2023

July 12, 2022
Uncategorized

Lina Rosli

Dengan kerjasama KK Mart, pengendali kedai serbaneka di Korea Selatan iaitu GS Retail dijangka akan membuka francais GS25 pertamanya di Malaysia bermula tahun hadapan, 2023.

Perkara ini dilaporkan oleh Bernama menerusi Yonhap bahawa GS Retail telah menandatangani kontrak francais induk dengan Kumpulan KK dan akan menerima yuran royalti daripada perkongsian itu. Syarikat itu menyasar untuk mengembangkan perniagaannya di sana untuk memperkenalkan 500 kedai serbaneka GS25 di negara ini menjelang 2028.

Bagi yang tidak mengetahui, GS25 adalah kedai serbaneka yang mempunyai hampir semua produk makanan termasuk makanan segera, sayur-sayuran, buah-buahan dan aneka jenis minuman.

Tidak hanya itu, GS25 juga telah membangunkan lebih daripada 2,000 produk di bawah nama jenama mereka sendiri bagi menyediakan produk berkualiti tinggi pada harga yang berpatutan.

Sebelum Malaysia, GS25 telahpun mula ditawarkan di beberapa negara di Asia Tenggara iaitu Vietnam dan juga Mongolia.

Sumber: BHarian

© 2025 Amanz Media Sdn Bhd