Carian
Shopee X Big Bad Wolf Lancar Kedai Buku Shopee – Tawar Buku Dengan Harga Serendah RM7.70
July 12, 2022 Lina Rosli

Pembelian buku secara atas-talian bukanlah sesuatu perkara yang mudah kerana pelanggan berisiko menerima buku yang mungkin tidak berada di dalam keadaan baik, atau mengalami pengalaman penghantaran yang lambat dan sebagainya.

Oleh sebab itu, Shopee Malaysia hadir dengan inisiatif yang memudahkan orang ramai membeli dan mendapatkan buku yang sah dan berkualiti menerusi Kedai Buku Shopee.

Kedai Buku Shopee merupakan kolaborasi Shopee Malaysia bersama Big Bad Wolf dalam menawarkan variasi jenis buku bermula dari buku kanak-kanak, buku berdasarkan filem, buku fiksyen dan bukan fiksyen, buku pelajaran dan banyak lagi.

Tidak hanya menawarkan novel dan buku ilmiah yang dijamin asli, Kedai Buku Shopee hadir dengan barangan permainan kanak-kanak, buku pelekat dan buku mewarna yang boleh didapati pada harga yang rendah dan berbaloi.

Bagaimana Anda Boleh Mengakses Kedai Buku Shopee?

Untuk mencari dan menerokai buku-buku menarik yang ditawarkan di Kedai Buku Shopee, anda boleh menekan banner pada halaman utama aplikasi Shopee dan menambah produk yang ingin anda beli ke dalam bakul Shopee anda.

Jangan ketinggalan juga, Kedai Buku Shopee turut menawarkan pelbagai baucar eksklusif dan diskaun yang berbaloi sepanjang tahun. Antara tawaran yang perlu anda nikmati bermula hari ini termasuklah jualan buku pelbagai genre pada harga serendah RM7.70, diskaun penghantaran RM15, pulangan balik syiling 20% dan banyak lagi.

Komen