Kajian oleh Kantar Worldpanel pada tahun 2019 mendedahkan bahawa mi segera adalah hidangan ke-8 teratas di Malaysia dan 44% daripada penggunaan mi segera berlaku semasa hidangan utama.

Perkara ini berkemungkinan besar dipengaruhi oleh tabiat snacking individu yang mana ia sedikit sebanyak telah memberi kesan kepada pengambilan makanan utama setiap hari. Untuk pengetahuan anda juga, snacking adalah keadaan yang mana anda akan mengambil makanan atau minuman di antara waktu makan biasa ataupun makan snek sebagai pengganti makanan berat harian.

Untuk pengetahuan anda, landskap makanan telah berubah dengan ketara dalam beberapa tahun kebelakangan ini. Walaupun trend pengguna menunjukkan pertumbuhan dalam gaya hidup yang lebih sihat, penemuan tentang tabiat pemakanan rakyat Malaysia memberi gambaran yang berbeza.

Tinjauan Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan 2019 menunjukkan bahawa walaupun 20% orang dewasa di Malaysia mengetahui panduan Plat Sihat Malaysia. Namun, hanya 14% daripadanya yang mengamalkannya dalam kehidupan seharian mereka. Ia juga mendedahkan bahawa 9 daripada 10 orang dewasa dan kanak-kanak tidak mengambil buah-buahan dan sayur-sayuran yang mencukupi setiap hari.

Pakar pemakanan MAGGI, Cik Leong Ven Luan berkongsi yang mana hidangan seimbang merupakan sesuatu yang penting kerana ia membantu memastikan pengambilan bahagian makanan yang dapat menyokong kesihatan dan kesejahteraan kita.

Oleh sebab itu, selain nasi sebagai makanan ruji, MAGGI menyasarkan mi segera mereka berfungsi sebagai asas karbohidrat yang lazat dan mudah untuk para penggemar. Apa yang perlu dilakukan hanyalah dengan menambah sayur-sayuran dan sumber protein ke dalam mi segera MAGGI untuk membuat hidangan seimbang, mengikut konsep ‘Suku Suku Separuh’ Pinggan Sihat Malaysia.

Berdasarkan perkongsian MAGGI lagi, mi segera mereka diperbuat daripada 100% gandum Australia. Jadinya, ia boleh disajikan sebagai sumber karbohidrat dan protein yang baik. Tidak hanya itu, mi segera MAGGI juga menawarkan pelbagai perisa yang lazat termasuk Kari, Asam Laksa, Tom Yam dan Ayam, dan juga perisa kari MAGGI yang diperbuat daripada adunan 12 rempah pilihan.

Untuk maklumat lanjut tentang kempen MAGGI “Sajian Seimbang Tanda Sayang”, anda boleh layari laman rasmi MAGGI “Sajian Seimbang Tanda Sayang” bermula hari ini.