Untuk pengetahuan anda, Shopee telah sedia memperkenalkan program Platform Antarabangsa Shopee atau Shopee International Platform (SIP) yang mana menerusinya, penjual boleh menjual di barangan di kedai atas-talian Shopee mereka ke luar negara.

Sebelum diperluaskan ke Taiwan, Shopee sudahpun mula mengeksport barangan tempatan ke dua negara iaitu Singapura dan Filipina.

Sekiranya anda sebagai penjual di Shopee dan ingin mengembangkan operasi dan jangkauan pembeli ke 3 negara ini, berikut adalah kriteria untuk penjual dijemput menyertai Shopee International Platform (SIP):

  • Penjual mempunyai sekurang-kurangnya 1 pesanan lengkap dalam sebulan dengan Shopee Malaysia
  • Penjual mempunyai kadar pembatalan kedai di bawah 10%
  • Penjual telah mengaktifkan sekurang-kurangnya satu perkhidmatan logistik yang disokong Shopee seperti Poslaju, J&T, DHL, NinjaVan, Shopee Xpress atau Citylink

Setakat ini, penjual yang terpilih akan diberikan pautan jemputan untuk menyertai Shopee International Platform (SIP). Kemudian, penjual Malaysia akan diberikan peluang untuk membuka dan mengendalikan kedai di Tapak Luar Negara Shopee bagi pihak Penjual Malaysia.

Bukan itu sahaja, kedai yang dikendalikan juga menawarkan produk yang sama yang disenaraikan oleh Penjual Malaysia untuk dijual di Shopee Malaysia. Namun, harga item yang disenaraikan dalam Kedai Luar Negara akan ditentukan oleh Shopee dalam mata wang tempatan Laman Luar Shopee.

Untuk maklumat lanjut mengenai urusan serta terma dan syarat mengenai Shopee International Platform, anda boleh layari laman rasmi Seller Education Hub atau isi borang pertanyaan di pautan ini.