Carian
Inginkan Tidur Berkualiti Tanpa Gangguan? IKEA Hadir Dengan 6 Solusi Tidur Selesa
July 14, 2022 Lina Rosli

Tidur yang lena adalah penting bagi menjamin kesihatan dan kesejahteraan diri. Hal ini kerana, ia berkait rapat dengan produktiviti yang melibatkan prestasi fizikal dan juga mental. Apabila seseorang tidak dapat menikmati tidur yang tenang dan selesa, ia sekaligus akan menjejaskan aktiviti harian dan mendorong kepada tabiat tidur yang negatif.

Antara contoh kesan negatif tidur yang tidak berkualiti termasuklah pertambahan berat badan, lesu dan letih, tahap kepekaan menurun dan banyak lagi.

Secara umumnya, orang dewasa perlu mendapatkan tidur sekurang-kurangnya 7 hingga 9 jam sehari. Sementara untuk kanak-kanak pula memerlukan tidur sekitar 9 hingga 12 jam sehari. Selain daripada menyediakan waktu yang mencukupi untuk tidur, persiapan sebelum tidur juga tidak kurang pentingnya.

Jadi, apa yang perlu anda sediakan dan praktikkan bagi mendapatkan tidur yang berkualiti tanpa gangguan?

6 Eleman untuk Tidur Lena dengan Penyelesaian Tidur IKEA

Bilik tidur yang gelap, sejuk dan tenang merupakan satu permulaan yang baik. Namun, soal meningkatkan keselesaan, memilih bahan-bahan yang betul, dan mencipta suasana yang kondusif juga harus dititikberatkan. Tetapi, bagaimana?

Keselesaan Kunci Utama 

Langkah pertama ke arah tidur lena ialah mencapai keselesaan optimum dengan tilam, bantal dan selimut yang betul.

Tilam yang sesuai akan menyokong belakang tubuh anda, yang terbukti bermanfaat terhadap kesihatan anda dalam jangka panjang. Hal ini kerana, tilam yang baik akan menawarkan sokongan maksima dan selesa pada tubuh semasa baring.

Di IKEA, terdapat beberapa produk yang bersesuaian untuk anda. Antaranya:

  • Tilam spring poket VALEVAG RM1,199
  • Bantal GRÖNAMARANT RM89

Kekalkan Suhu Yang Sesuai

Apakah suhu yang paling diperlukan anda? Adakah bilik yang dingin dan nyaman ataupun bilik yang sederhana sejuk dan sebagainya?

Jika anda merasakan suhu di dalam bilik tidak menepati kriteria anda, tumpukan perhatian kepada produk yang memberikan keselesaan sewaktu anda tidur. Kebanyakan individu tidur lebih lena dalam persekitaran yang lebih sejuk, manakala suhu optimum ialah antara 18 dan 20 darjah Celsius. 

Oleh itu, kenalpasti faktor yang mengganggu tidur anda. Dan apa yang paling penting, tetapkan penyaman udara atau kipas pada suhu yang sesuai. Pastikan juga anda berasa selesa dengan memilih duvet atau selimut yang bersesuaian.

  • Bantal ergonomik KVARNVEN RM279
  • Sarung duvet dan 2 sarung bantal BERGPALM RM89

Jauhkan Mata dari Lampu

Selain daripada selimut, pencahayaan yang baik juga akan memberikan keselesaan mata sepanjang tidur. Berikut adalah senarai produk IKEA yang boleh anda dapatkan:

  • Mainan lembut + lampu malam LED PEKHULT  RM59
  • Lampu kerja RANARP RM159

Seperti penulis sendiri, saya lebih menggemari ruang tidur yang gelap kerana ia mengurangkan gangguan di sekeliling. Jadi, anda boleh mempertimbangkan penyelesaian seperti lampu boleh malap, lampu meja atau bidai gelap untuk menghalang matahari pagi.

Namun, sebaik-baiknya anda memilih lampu yang berada dalam jangkauan tangan, kerana mengurangkan pergerakan sebelum anda tidur akan membantu anda lelap lebih mudah.

Suasana Ruang Yang Senyap Tanpa Bunyi Yang Mengganggu

Menurut kajian, walaupun ketika individu sedang tidur, minda secara amnya akan sedar sepenuhnya sekiranya terdengar bunyi bising. Jadi, semakin senyap bilik anda, semakin baik kualiti tidur anda.

Tambah lagi, bunyi bising akan menjejaskan kualiti tidur kerana ia merangsang otak kita. Penyelesaian mudah seperti penyerap bunyi, dapat membantu mengurangkan bunyi bising, khususnya jika anda jenis orang yang tidur-tidur ayam.

  • Panel penyerap bunyi ODDLAUG RM129/15 unit
  • Langsir penghalang cahaya MAJGULL RM159

Tingkatkan Kualiti Udara

Seterusnya, kualiti udara yang tidak sihat di rumah mampu menjejaskan kualiti tidur kita. Ceriakan bilik tidur anda dengan tumbuh-tumbuhan hidup, yang bukan sahaja dapat menapis udara di dalam bilik, malah berfungsi sebagai hiasan.

Pastikan bilik tidur anda diudarakan dengan secukupnya sekali seminggu untuk menjamin pengudaraan yang baik. Berikut adalah senarai produk IKEA yang boleh anda dapatkan:

  • Pembersih udara FÖRNUFTIG  RM299
  • Tumbuhan berpasu SANSEVIERIA TRIFASCIATA RM34.90

Pilih Warna Yang Bersesuaian Untuk Bilik Tidur

Pilihan warna dan aksesori peralatan tidur yang sesuai akan mempengaruhi kualiti tidur anda. Menurut kajian, individu akan tidur paling baik dalam bilik berwarna biru, diikuti oleh warna seperti kuning dan hijau.

Jika anda ingin mengubah suai bilik tidur anda, apa kata mencuba warna-warna ini untuk mewujudkan persekitaran yang ideal bagi membantu anda lelap lebih pantas.

  • Bekas storan PÄRKLA  RM9.90
  • Sarung kusyen GURLI RM14.90/unit

Jadi bagaimana, sudahkah anda mendapatkan barangan dan produk yang membantu meningkatkan kualiti tidur anda di IKEA? Jika belum, muat-turun aplikasi IKEA di App Store atau Play Store dan lihat katalog mudah-alih mereka sebelum mula berbelanja.

Komen