Jika kita lihat pada waktu sekarang, kebanyakan majlis perkahwinan dan pertunangan sudah kembali diadakan oleh rata-rata pasangan di seluruh negara. Dengan ini, ia telah merancakkan semula industri perkahwinan yang mana majlis tidak lagi hanya dihadiri keluarga terdekat tetapi sudahpun dibuka kepada bilangan tetamu yang lebih besar.

Selari dengan kebenaran perlaksanaan majlis yang diberikan kerajaan, pastinya ramai dalam kalangan pasangan tidak ingin ketinggalan dalam mengadakan majlis idaman mereka. Oleh itu, bermula 15 hingga 17 Julai 2022 ini, pastikan anda tidak terlepas untuk mengunjungi ekspo perkahwinan yang terbesar di Malaysia.

Pada tahun ini, terdapat 2 ekspo perkahwinan yang diadakan serentak iaitu TCE Wedding Expo dan Kahwinlah Expo yang mana kedua-duanya merupakan ekspo pengantin yang ditunggu-tunggu rakyat Malaysia. Ia menawarkan pelbagai pilihan pakej perkahwinan yang merangkumi senarai dewan, koleksi pelamin menarik, servis untuk rekaan kad kahwin dan banyak lagi.

Istimewa sewaktu berlangsungnya TCE Wedding Expo dan Kahwinlah Expo ini, anda boleh menerokai kesemua keperluan perkahwinan anda dari mula hingga tamat majlis. Tidak hanya itu ia turut menawarkan promosi dan diskaun berbaloi bagi setiap pakej terpilih di samping hadir dengan rebat wang tunai mencecah RM70,000.

Ekspo ini merupakan acara kali ke-6 yang pernah diadakan oleh Kahwinlah. Jadinya, jangan lepaskan peluang anda untuk menyertai pengalaman pengurusan majlis perkahwinan yang mudah dan meriah pada tahun ini.

Antara pakar rundingan yang menyertai ekspo ini termasuklah Glam & Stylish, Ayu Deco, Rose Catering dan banyak lagi. Bersama-sama memeriahkan lagi ekspo ini adalah Kahwinlah turut membawakan kolaborasi bersama lebih daripada 150 dewan perkahwinan, restoran dan hotel untuk dipilih para pasangan dari seluruh negara.

Tidak hanya itu, Kahwinlah Expo turut memberikan pilihan ansuran untuk bayaran tanpa mengenakan sebarang faedah. Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari laman Facebook rasmi Kahwinlah Expo bermula hari ini.