Seiring dengan perkembangan teknologi, kebanyakan penawaran perubatan sudahpun mula ditawarkan secara atas-talian. Ia tidak hanya memudahkan individu mendapatkan preskripsi perubatan menerusi pesanan di hujung jari, tetapi juga membantu mereka mengakses lebih variasi jenis ubat dari bermacam-macam lokasi.
Walau bagaimanapun, apa yang mencemaskan rata-rata pakar perubatan adalah penawaran ubat tidak dapat dikawal selia dengan baik. Tambagh Alpro Pharmacy, pada masa ini, tiada pasaran atas-talian atau platform media sosial yang telah mendapat kelulusan daripada Kementerian Kesihatan untuk menjual ubat terkawal di Malaysia seperti ubat untuk diabetes dan juga tekanan darah tinggi.

Sebagai rangkaian farmasi preskripsi terbesar di Malaysia, Alpro ingin memberi amaran kepada orang ramai terhadap pembelian ubat terkawal melalui pasaran atas-talian atau platform media sosial. Hal ini kerana, orang awam harus memahami klasifikasi berbeza ubat terkawal dan undang-undangnya.
Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia, ubat terkawal perlu melalui Akta Racun 1952. Ubat ini dikategorikan kepada Kumpulan B dan Kumpulan C di bawah Akta tersebut. Untuk ubat Kumpulan B, antara yang disenaraikan adalah ubat tekanan darah tinggi, kawalan berjangkit dan penyakit kronik lain.
Ianya hanya boleh dijual atau dibekalkan untuk rawatan oleh pengamal perubatan berdaftar, doktor gigi berdaftar atau pegawai veterinar untuk pesakit mereka. Penjualan atau pembekalan oleh ahli farmasi berlesen hanya boleh dilakukan dengan preskripsi.
Sementara ubat Kumpulan C seperti antasid dan ubat-ubatan untuk hidung (decongestant) hanya boleh dijual atau dibekalkan oleh ahli farmasi berlesen di premis yang dinyatakan dalam lesen atau kakitangan berlesen lain yang dinyatakan di atas.

Bukan itu sahaja, pengambilan ubat penyakit kronik yang dibeli di laman edagang tanpa perundingan dan preskripsi daripada doktor perubatan bertauliah boleh membawa maut. Jadinya, anda dinasihatkan untu sentiasa membeli daripada pembekal ubat yang disahkan seperti efarmasi Alpro.
Sekiranya anda ingin mendapatkan maklumat lanjut tentang ubat-ubatan, anda boleh melakukan rundingan dengan ahli farmasi profesional di 190 cawangan Alpro secara percuma atau hubungi talian hotline WhatsApp e-farmasi di 019-7021923.