Apabila berbicara mengenai fesyen, ia merupakan sesuatu perkara yang sangat luas dan tiada betul atau salah di dalam menyatakan gaya yang anda inginkan.

Secara umumnya, fesyen merupakan salah satu bentuk mesej yang ingin disampaikan penggayanya dan mempunyai keupayaan untuk mengubah dan membentuk sesuatu peribadi atau tingkah laku yang lazim pada bila-bila masa.

Tidak hanya di Malaysia, fesyen bukan sekadar menentukan identiti manusia tetapi juga mewujudkan rasa kekitaan dalam kumpulan tertentu, sama ada dengan apa yang dipakai atau cara ia digayakan sebagai ekspresi keperibadian kita.

Mengenai fesyen lagi, golongan milennial dan gen Z dilihat menjadi antara penyumbang terbesar dalam pembelian barangan fesyen di platform edagang. Mereka berani dalam bereksperimen dengan pelbagai kategori gaya dan sedikit sebanyak telah membuka jalan kepada penawaran lebih variasi pilihan fesyen di Malaysia.

Permintaan Fesyen Boho Dalam Kalangan Rakyat Malaysia

Bermula dari pentas peragaan Paris Fashion Week 2020 untuk musim luruh, ramai pemain industri fesyen antarabangsa telah kembali dengan koleksi baharu yang memfokuskan kepada konsep boho chic moden.

Untuk koleksi ini, ia tidak hanya menampilkan jenis busana yang selesa, tetapi juga perincian yang pelbagai. Maka, tidak hairanlah ia diterima oleh segenap penggemar fesyen dari seluruh dunia termasuklah Malaysia kerana ia sesuai digayakan untuk negara yang mengalami musim panas dan lembap sepanjang tahun.

Menurut Shopee, data mereka menunjukkan peningkatan dalam trend pembelian fesyen Boho untuk satu tempoh yang lama. Seramai 21% rakyat Malaysia memilih untuk menggayakan pakaian yang berwarna-warni iaitu ala Boho sejak dari pertengahan tahun 2021 sehingga Jun 2022.

Kesan daripada peningkatan ini, ia telah mengakibatkan penurunan sebanyak 10.2% terhadap pembelian pakaian sukan pada separuh pertama tahun 2021 jika dibandingkan dengan tahun sebelumnya.

Antara produk Boho yang mendapat perhatian ramai termasukalah blazer dan jaket yang berwarna-warni, blaus peasant, dress dan skirt labuh, baju berbutang yang longgar atau mempunyai corak retro, pakaian denim dan seluar slack.

Mengapa Individu Memilih Fesyen Boho?

Menurut maklumat pembelian pengguna Shopee, rakyat Malaysia mengambil peluang untuk memenuhi keinginan mereka dengan mula merancang aktiviti melancong dan beriadah, meluangkan masa di kafe dan pusat membeli-belah serta banyak lagi.

Oleh itu, apabila mereka berada diluar, pemilihan pakaian yang selesa dan santai akan menjadi satu keutamaan bagi setiap individu. Dan pakaian Boho adalah jawapannya.

Di Shopee, jumlah pembelian seluar chino bertemakan Boho meningkat sebanyak 114%, sementara dress pula meningkat sebanyak 55% dan skirt 41% berbanding tempoh yang sama tahun lepas.

Selain itu, individu juga dilihat mula membeli sandal dan mules untuk dipadankan dengan pakaian bergaya ala Boho ketika berada di luar. Manakala loafers, kasut high dan low top, kasut tumit tinggi dan kasut oxford pula dibeli sebagai persiapan untuk pulang ke pejabat.

Jangkaan Fesyen Untuk Separuh Kedua Tahun 2022

Berdasarkan data dari Shopee, antara trend yang akan meningkat untuk separuh tahun:

  • Palet warna neutral, ivory dan peachy beige secara beransur-ansur menggantikan gaya boho-chic berwarna-warni. Corak pembelian ini, menurut pandangan pengguna Shopee, bermula pada suku kedua tahun ini.
  • Jenama fesyen akan lebih memfokuskan kepada pengeluaran jaket kulit sintetik, baju tanktop dan seluar mason.
  • Permintaan untuk seluar dengan bahagian pinggang yang berunsur fitted serta hem yang lebar turut menyaksikan peningkatan sebanyak 10%.
  • Pembelian blazer dan jaket meningkat 13% berbanding suku sebelumnya dan trend yang kian meningkat ini dijangka kekal hingga hujung musim luruh/musim cuti tahun 2022.

Tingkah laku pembelian ini diperhatikan adalah pengaruh daripada aktiviti semasa yang mana individu akan mendapatkan koleksi pakaian yang bersesuaian dengan penggunaan mereka di samping terus mengikuti trend semasa yang berlaku di peringkat global.