Mark & Spencer di Amerika Syarikat merancang untuk tidak lagi menyertakan label ‘best before‘ atau ‘baik sebelum’ pada buah-buahan dan sayur-sayuran di rangkaian kedai mereka.

Keputusan ini dilakukan bagi membantu mengawal pembuangan sisa makanan yang semakin meruncing di dunia. Menurut Mark & Spencer, sebelum ini, pelanggan cenderung untuk mendapatkan produk yang tahan lebih lama dan tabiat ini telah mengakibatkan peningkatan jumlah lupus buah-buahan dan juga sayuran yang telah melepasi waktu cadangan makan.

Oleh itu, bagi menggalakkan orang ramai untuk membuat pertimbangan sendiri dalam menentukan kualiti buah dan sayur yang ditawarkan, Mark & Spencer dijangka akan melakukan perubahan pada pek pembungkusan yang melibatkan 300 buah-buahan dan sayur-sayuran bermula minggu ini.

Untuk pengetahuan anda, terdapat perbezaan untuk setiap label yang dicetak. Sebagai contoh, ‘baik sebelum’ adalah tarikh yang menunjukkan tempoh hayat tahan lama untuk sesuatu makanan sebelum ia tidak lagi boleh lagi dikonsum.

Menurut Agensi Pemeriksaan Makanan Kanada, tempoh hayat tahan lama bermaksud jumlah masa yang dijangkakan bahawa produk makanan yang belum dibuka, apabila disimpan di bawah keadaan yang sesuai, akan mengekalkan kesegaran, rasa, nilai pemakanannya atau sebarang kualiti lain yang dituntut oleh pengilang.

Sementara untuk label guna sebelum pula adalah tarikh yang menunjukkan risiko keselamatan jika dikonsum selepas daripada tempoh cadangan.