Berdasarkan perkongsian Guinness World Records, SWA Diamonds yang berpangkalan di Kerala telah memecahkan rekod dunia menerusi gelaran berlian terbanyak pada sebentuk cincin pada 5 Mei 2022.

Cincin berharga $95,243 (~RM424,498.05) ini telah mengatasi rekod sebelum ini yang dipegang oleh Hallmark Jewellers yang mempunyai sebanyak 7,801 berlian pada cincin dengan rekaan bunga Kamelia.

Jika anda lihat pada rekaan yang ditampilkan, cincin ini dihasilkan menerusi ilham bentuk cendawan tiram merah jambu yang banyak ditemui di kawasan Mexico tengah. Menjadikan rekaan cincin ini lebih menarik adalah 41 kelopak unik yang mana di setiap kelopak tersebut membawakan susunan kemas 24,679 berlian asli.

Bercerita mengenai nama pula, Pengarah Urusan SWA Diamonds Abdul Gafur Anadiyan menyatakan bahawa pemilihan nama yang dilakukan adalah bag memberi penghormatan kepada cendawan, yang mewakili keabadian dan umur panjang. Oleh itu, mereka menamakan cincin itu dengang panggilan ‘Ami’ yang berasal daripada perkataan Sanskrit yang bermaksud keabadian.

Menurut SWA Diamonds lagi, sebelum mereka menghasilkan bentuk cincin yang sebenar, pasukan mereka telah hadir dengan cetakan 3D bagi membantu mereka mendapatkan bentuk yang teliti untuk setiap sisi cincin sebelum menambahnya dengan kilaun berlian.

Untuk pengetahuan anda, berlian yang mereka perolehi telahpun mendapat pengiktirafan daripada Skim Pensijilan Proses Kimberley (KPCS) yang bertujuan untuk menghalang konflik cincin yang sama turut berada di dalam pasaran.

Selain daripada itu, pegawai Guinness juga turut hadir bagi mengesahkan keaslian dan ketulenan cincin tersebut dengan menggunakan mikroskop untuk mengira set berlian dan menilai tahap kejelasan, karat, berat, jenis potongan dan jenis berlian yang digunakan pada cincin Ami.