Label pakaian sukan Jerman adidas dilihat hadir dengan koleksi kasut Forum lagenda terbaharu. Menerusi kerjasama dengan Eric Emanuel, ia menampikan siluet yang unik dan bergaya yang mana rekaan ini diinspirasikan oleh McDonalds.

Sebahagian besar dari kasut ini diperbuat menggunakan kandungan kitar semula yang dijana daripada sisa pengeluaran dan sisa isi rumah yang mana 25% daripadanya merupakan komponen yang diguna-pakai semula dari produk lain. Menurut adidas, penawaran ini adalah selari dengan misi mereka yang kini mula bergerak ke aras lestari.

Untuk pengetahuan anda, koleksi adidas Forum ini akan memfokuskan kepada keselesaan kaki. Oleh sebab itu, mereka menampilkan rekaan profil atasan tinggi. Sementara dari segi warna pula, adidas dan Eric Emanuel membawakan warna yang tampak moden dan matang seperti pembungkusan kertas tandatangan McDonald’s iaitu coklat gelap bersama dengan warna akses biru, kuning dan merah.

Tidak ketinggalan juga, pada bahagian belakang dan span hadapan kasut, ia menyertakan sekali logo ikonik dari McDonald’s iaitu ‘M’ bersama-sama teks All American Games di sekelilingnya.

Bagi anda yang ingin mendapatkan kasut dari koleksi Eric Emanuel x adidas Forum 84 High McDonald’s All-American, ia boleh dibeli di beberapa laman edagang global terpilih. Selain kasut, adidas turut melengkapkan penawaran mereka bersama-sama dengan bomber jacket dan seluar sukan eksklusif.