Tahukah anda bahawa gajah adalah satu-satunya haiwan yang tidak boleh melompat di muka bumi ini?Bagi yang tidak mengetahui, jika dibandingkan dengan haiwan seperti kangaru, kuda, rusa, monyet dan lain-lain, mereka biasanya akan melarikan diri apabila terjumpa dengan pemangsa.
Namun, sebaliknya untuk gajah, mereka tidak berlari bahkan melompat. Apa yang mereka lakukan adalah dengan membentuk kubu untuk menghalang binatang buas menyerah anggota gajah yang kecil.
Untuk pengetahuan anda, tidak seperti kebanyakan mamalia, tulang di kaki gajah semuanya menghala ke bawah. Ini bermaksud bahawa mereka tidak mempunyai “spring” yang mencukupi untuk menolak badan dari tanah.
Kebanyakan haiwan yang melompat cenderung untuk mempunyai pergelangan kaki yang sangat fleksibel dan tendon Achilles yang sangat kuat. Sementara gajah pula mempunyai otot kaki bawah yang sangat lemah dan buku lali yang tidak terlalu fleksibel. Ditambah lagi dengan saiz badan yang besar, kaki gajah tidak cukup kuat untuk menampung beban yang diperlukan ketika melompat.
Berapakah Kelajuan Gajah Berjalan?
Di dalam sebuah kajian yang dilaksanakan oleh Hutchinson, mereka telah merakam video 42 gajah Asia yang sedah beraktiviti seperti berjalan dan berlari bagi mengetahui tahap kepantasan gajah bergerak.
Berdasarkan analisa yang diterima, purata kelajuan berjalan gajah ialah sekitar 4.5 mph dan kelajuan pergerakan ini boleh mencapai sehingga 15 mph. Antara faktor yang mendorong kemampuan gajah bergerak laju adalah disebabkan armada atau daya yang diberikan kepada kaki seseekor haiwan.
Jadi apa yang boleh menukar gajah berjalan kepada berlari? Jawapannya tiada jalan lain melainkan gajah tersebut menjadi lebih ringan. Hal ini kerana berlari bukan sekadar tentang kepantasan atau kelajuan, tetapi kekuatan tubuh untuk membawa ia kehadapan.
Sumber: Science