Petron Gasul ialah jenama gas petroleum cecair (LPG) yang ditawarkan oleh Petron. LPG ini mengandungi bahan pembakaran bersih yang terdiri daripada campuran gas propana dan butana yang mana ia digunakan sebagai bahan api untuk memasak, pencahayaan dan aplikasi perindustrian.

Mula diperkenalkan pada tahun 2018, Petron Gasul kini boleh didapati di pelbagai rangkaian stesen servis dan minyak Petron dan juga pengedar berdaftar yang sah di seluruh Malaysia.

Setakat ini, silinder LPG ini ditawarkan dalam dua pilihan saiz iaitu 12kg dan 14kg. Bagi anda yang ingin mula mendapatkannya, Petron Gasul dijual pada harga terkawal dengan pelepasan SST dan boleh dibeli sama ada secara tunai, kad kredit atau debit pada harga bermula RM27 seunit untuk silinder 14kg.

Selain dijual secara fizikal di kedai terpilih, anda juga boleh membuat pesanan secara atas-talian dengan hanya melayari laman Facebook rasmi Petron Malaysia. Berikut adalah langkah yang boleh anda ikuti:

  1. Hantar pesanan anda ke Facebook Messenger Petron dan tulis “Gasul”
  2. Bot perkhidmatan Tania akan menguruskan keperluan anda
  3. Selepas pesanan dilakukan, Tania akan memberitahu anda Pengedar Sah Gasul atau Stesen Servis Petron berdekatan yang boleh melakukan penghantaran gas memasak anda

Untuk senarai lokasi pembelian Petron Gasul pula, berikut adalah senarai penuh yang telah dikemaskini oleh Petron Malaysia.

Baca: Senarai Lokasi Pembelian Petron Gasul