Carian
FamilyMart X Doraemon Menampilkan Pelbagai Pilihan Hidangan Eksklusif Baharu
July 21, 2022 Lina Rosli

Bermula 20 Julai hingga 6 September, FamilyMart Malaysia dengan kolaborasi Doraemon, watak animasi popular Jepun kini menawarkan pelbagai pilihan makanan yang baharu dan eksklusif.

Bagi yang berminat, pastikan anda tidak melepaskan peluang untuk menikmati kesemua menu baharu di FamilyMart berdekatan anda termasuklah Tiramisu Roll Cake, Dorayaki, Salmon Furikake Onigiri, Crabstick Tamago Onigiri Sandwich dan banyak lagi.

Untuk mendapatkannya, anda boleh sama ada mengunjungi ke rangkaian FamilyMart berdekatan ataupun menggunakan servis penghantaran dan pesanan atas-talian FamilyMart sama ada melalui aplikasi MY FamilyMart, Foodpanda, atau GrabFood.

Komen