Carian
McDonald’s Kembali Dengan Menu Baharu – Burger Dan Nasi Lemak Creamy Butter Chicken
July 21, 2022 Lina Rosli

McDonald’s kini hadir dengan gabungan terbaru untuk burger mereka yang menampilkan citarasa tempatan iaitu menerusi sos baharu iaitu Creamy Butter. Untuk siri kali ini, ia membawakan dua pilihan menarik iaitu Nasi Lemak Creamy Butter Chicken dan Creamy Butter Chicken Burger. 

Berdasarkan perkongsian McD Malaysia, penawaran burger ini adalah selari dengan minat masyarakat tempatan yang menggemari rasa pedas dan berlemak pada sesuatu hidangan.

Berdasarkan perkongsian McDonalds, menu Creamy Butter ini didatangkan dengan ayam goreng yang rangup kemudiannya disaluti dan dilimpahi dengan sos istimewa mereka iaitu Creamy Butter.

Bagi yang berminat, nikmati hidangan penuh berkrim ini pada harga bermula RM13.50. Anda juga boleh mendapatkan sajian yang lain seperti:

  • Nasi Lemak Creamy Butter Chicken (2pcs) – RM20.50
  • Creamy Butter Chicken Burger McValue– RM14.99
  • Double Creamy Butter Chicken Burger McValue – RM19.99

Selain berkunjung ke rangkaian McDonalds berdekatan, anda juga boleh membuat pesanan melalui McDelivery, Drive Thru atau Takeaway hari ini!

Komen