Carian
Pusat Kitar Semula & Beli Balik IPC Shopping Centre Hadir Dengan Ciri Digital Serba Baru
July 21, 2022 Lina Rosli

IPC Shopping Centre kini mula memperkenalkan Pusat Kitar Semula dan Beli Balik (RBBC) yang telah diubah suai dan dinaiktaraf dengan pelbagai penambahbaikan dan ciri-ciri baharu.

Penambahbaikan ini merangkumi penawaran tempat pelupusan pelbagai kategori sisa yang menggunakan ciri digital baharu yang ringkas lagi kemas. Menjadikan ia lebih menarik adalah susun atur dan rekaan ala-ala Scandinavia yang ceria bertenaga yang mana ia dijangka akan meningkatkan lagi perjalanan kitar semula para pengguna dengan pengalaman yang serba lancar.

Bagi anda yang berminat untuk menghantar sisa lupus di RBBC IPC, mereka kini menyediakan tempat pengumpulan sisa kitar semula digital layan diri selain turut hadir dengan program kesetiaan (loyalty program) menerusi aplikasi dengan keahlian IPC Tack Club kepada para pembeli dan penyewa yang menggunakannya.

Sekiranya mata ganjaran yang dikumpul telah mencukupi, pembeli kemudiannya boleh menebus dan mendapatkan e-baucar membeli-belah, parkir percuma, dan banyak lagi. 

Bertempat di di lokasi yang sama iaitu di kawasan tempat letak kereta P1, lokasi RBBC IPC ini dikatakan cukup strategik dalam membantu memberikan akses mudah kepada para pembeli-belah untuk menghantar sisa kitar semula mereka.

Sejak ia ditubuhkan pada 2009, pusat itu bermula dengan enam kategori kitar semula iaitu kadbod, surat khabar, kertas, plastik, besi, dan aluminium. Untuk versi digital ini, ia telah menambah 3 lagi kategori lain iaitu karton minuman, polisterin, dan tekstil.

Selain itu, RBBC baharu ini juga boleh menerima sisa yang termasuk dalam kategori tidak boleh dikitar semula seperti:

  • tiub dan mentol lampu
  • ubat-ubatan
  • kaca
  • bateri
  • sisa elektronik
  • sisa makanan

Tidak hanya itu, RBBC IPC ini dibina menggunakan bahan-bahan lestari seperti bahan pembinaan hijau AAC untuk blok dinding yang ringan, bahan perekat berwarna-warni dan cat yang rendah kandungan sebatian organik meruap (VOC), cat ruang dalaman berasaskan air dan pencahayaan LED termaju bagi menjimatkan tenaga elektrik.

Apa yang menarik juga, IPC turut mengitar semula kain rentang terpakai yang dikumpulkan daripada para penyewa untuk dijahit dan dijadikan beg guna semula dengan kerjasama NGO tempatan, Woman of Will. 

Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai pengalaman RBBC IPC Shopping Centre yang telah dinaiktaraf, anda boleh kunjungi laman rasmi RBBC IPC di pautan www.ipc.com.my/RBBC bermula hari ini.

Komen