Tahukah anda bahawa KFC dan Pizza Hut kini mula menggantikan Pepsi kepada Coca-Cola di dalam menu mereka?

Menurut laporan Mothership di Singapura, kedua-dua rangkaian makanan segera ini telahpun mengesahkah bahawa syarikat mereka kini mula berkerjasama dengan Coca-Cola dalam menyediakan minuman untuk hidangan set mereka. Perkara ini dilihat mula dijalankan sepenuhnya pada 20 Julai 2022 yang lalu.

Namun, di Malaysia penawaran ini dilakukan secara berperingkat di seluruh negara.

Berdasarkan percubaan Tajria dalam melakukan pesanan KFC di aplikasi GrabFood, terdapat beberapa cawangan KFC sudahpun mula menawarkan Coca-Cola di dalam menu mereka. Namun, laman web rasmi KFC masih lagi menampilkan minuman Pepsi di dalam senarai menu.

Selain KFC, laman rasmi Pizza Hut juga turut mula memaparkan menu minuman baharu yang mana mereka tidak lagi menyediakan Pepsi bersama-sama dengan pilihan pizza ataupun pasta.