Pertama kali dilancarkan pada tahun 2018, siri Monogram Carlo Rino yang ikonik ini telah mendapat perhatian ramai di dalam industri fesyen. Ia memfokuskan kepada individu yang mementingkan penampilan logo atau logomania yang mana dalam setiap produk yang digayakan, ia dapat menyerlahkan dan menaikkan peribadi anda.

Untuk siri Monogram 2022, Carlo Rino hadir dengan empat gaya beg tangan seperti Carlo EV Divergent Bucket Bag, Carlo EV Divergent Tote Bag, Carlo EV Divergent Shoulder Bag dan Carlo EV Divergent Top Handle Bucket.

Sementara dompet pula ditawarkan dalam 3 pilihan gaya iaitu Short Wallet, 2-Fold Wallet dan Sling Clutch. Khusus untuk anda yang ingin tampil dengan gaya monogram lengkap, Carlo Rino turut memperkenalkan pemegang telefon eksklusif, Logogram Sneakers dan Buckle Sandals dalam dua warna. 

Bercerita sikit tentang Logogram Sneaker, tidak seperti kasuht biasa anda, ia menampilkan rekaan pengikat tali bersudut unik untuk menarik perhatian pada kaki anda. Tersedia dalam warna putih dengan kemasan hitam, Sneakers Logogram akan menjadi bualan larian pagi anda kerana ia menonjol daripada yang lain.

Bagi kesemua jenis produk ini, ia direka untuk menyimpan semua keperluan harian dalam siluet kompak yang mana ia ingin mengetengahkan kedua-dua fesyen dan fungsi yang membolehkan anda membawa beg anda dari siang ke malam tanpa rasa sukar.

Sekiranya anda ingin mendapatkannya, kunjungi ke rangkaian Carlo Rino berhampiran anda atau dapatkannya melalui laman atas-talian rasmi mereka, di www.carlorino.net

  • Carlo EV Divergent Bucket Bag RM499 
  • Carlo EV Divergent Tote Bag RM519 
  • Carlo EV Divergent Shoulder Bag RM499 
  • Carlo EV Divergent Top Handle Bucket RM519 
  • Carlo Rino EV Therapeutic Phone Holder RM359
  • Carlo Rino Therapeutic C Buckle Sandal RM159 
  • Carlo Rino Logogram Sneakers RM189