FashionValet kini mengumumkan yang mana mereka kini tidak lagi meneruskan operasi penjualan produk fesyen muslimah di bawah jenama tersebut.

Berdasarkan perkongsian mereka di laman edagang berkenaan, mereka dilihat akan memfokuskan jualan produk-produk fesyen seperti tudung, pakaian, kosmetik dan lain-lain di bawah jenama dUCK dan Lilit yang mana masing-masing boleh diakses terus pada platform dan aplikasi yang tersendiri.

Untuk pengetahuan anda, sejak 2010, platform FashionValet telah berkembang dengan pesat dan mempunyai sekitar 400 jenama dan peruncit tempatan dibawahnya. Antara jenama yang ditawarkan termasuklah Mimpikita, Nurita Harith, Cakenis dan banyak lagi.

Setakat ini, FashionValet tidak menyatakan faktor yang mendorong ke atas tindakan berkenaan. Namun, sekiranya anda ingin terus melakukan pembelian mana-mana produk bagi jenama dUCK dan Lilit, anda kini boleh memuat-turun aplikasi mereka di Play Store dan App Store.

Layari: getducked.com / lilitstore.com