Menerusi ciapan yang dikongsikan oleh McDonald’s di Twitter, hidangan sarapan Hashbrown kini tidak tersedia di dalam menu buat sementara waktu.

Isu ini berkemungkinan besar disebabkan oleh masalah bekalan kentang yang telah berlaku sejak beberapa bulan yang lepas dan ia sekaligus memberi kesan kepada jualan Hashbrown McDonald’s yang mana ia tidak dapat ditawarkan kembali selepas stok sedia ada sudah habis dijual.

Oleh itu, bagi pelanggan yang melakukan pesanan sarapan untuk set McSavers, anda perlu menukarkan hidangan Hashbrown kepada pilihan lain sama ada kentang goreng ataupun jagung.

Setakat ini, McDonald’s masih belum menyatakan tarikh penawaran semula Hashbrown dan ia bergantung kepada baki bekalan semasa.