Diperkenalkan sejak tahun 2015, JOBBIE kini telah hadir dengan pelbagai pilihan mentega kacang yang mana kesemuanya diperbuat daripada bahan asli tanpa sebarang minyak tambahan, gula dan juga garam.

Tidak hanya itu, JOBBIE juga pernah hadir dengan kolaborasi bersama beberapa jenama dalam menawarkan produk-produk baharu di dalam pasaran termasuk JOBBIE X Famous Amos – Cookie Celup Set.

Dan yang terbaru, JOBBIE turut memperkenalkan JOBBIE x Vanilla Crepe — To The Moon bersempena perayaan kuih bulan yang bakal tiba.

Bercerita lanjut mengenai kolaborasi ini, JOBBIE x Vanilla Crepe menawarkan Mooncrepe atau kuih bulan dengan rekaan yang unik dan bertemakan kriptowang. Ia menampilkan 4 rekaan dan 4 perisa berbeza yang boleh anda cuba iaitu:

  • Classic Chunky Peanut Butter Mooncrepe (Shiba Inu)
  • Classic Creamy Peanut Butter Mooncrepe (Bitcoin)
  • Rainbow Mooncrepe (Terra Luna Classic)
  • Tropical Fruit Mooncrepe (Ethereum)

Bagi anda yang berminat untuk membeli kuih bulan edisi istimewa JOBBIE x Vanilla Crepe, di setiap pembelian kotak ini disertakan dengan NFT percuma yang mana anda akan memiliki seni digital unik anda sendiri daripada koleksi Mooncrepe Rabbit.

Bukan itu sahaja, untuk setiap pemegang NFT ini, mereka akan mendapat diskaun 10% seumur hidup untuk pembelian produk di JOBBIE dan juga Vanilla Crepe. Namun, kesemua penawaran ini adalah tertakluk kepada terma dan syarat.

Sekiranya anda berminat, dapatkannya bermula hari ini di kedai fizikal JOBBIE di Mid Valley Megamall, Paradigm ,SS15 Velocity Empire dan IOI City Mall pada harga RM148 sahaja atau anda juga boleh membuat pesanan secara atas-talian di JOBBIE Nut Butter.