Oatside Ditawarkan Di 21 Cawangan Zus Coffee Terpilih – Hadir Dengan 6 Menu Eksklusif
Lina Rosli
Bagi yang tidak begitu mengenali Oatside, jenama ini merupakan pengeluar susu berasaskan tumbuhan yang berasal daripada Singapura. Ia menawarkan tiga pilihan susu tumbuhan iaitu susu berperisa asli Barista Blend, Chocolate dan juga Chocolate Hazelnut yang mana ia boleh digunakan untuk pembikinan kopi, pastri, kek, kari dan banyak lagi.
Baru-baru ini, Oatside nampaknya telah memperluaskan penawaran mereka yang mana kini anda boleh menikmati minuman berasaskan Oatside di 21 cawangan Zus Coffee terpilih di Semenanjung Malaysia.

Menerusi kolaborasi Oatside x Zus Coffee, anda kini boleh mencuba variasi minuman yang ditawarkan secara eksklusif seperti:
- Iced Coconut Mocha
- Iced Honey Cafe Latté + Coffee Jelly
- Coconut Chocolate Frappé + Mango Chunks
- Iced ChocOATlate + Coffee Jelly
- Coconut Mango Chunk Frappé
- Triple Chocolate Chip Frappé
Menarik bukan? Untuk mencubanya, jangan ketinggalan untuk berkunjung ke cawangan Zus Coffee terpilih dan mula pesan hidangan kegemaran anda bermula hari ini!
Lokasi Oatside x Zus Coffee
| Lokasi | Cawangan |
| Selangor & Kuala Lumpur | – Taman Sri Serdang, Seri Kembangan – Lakefields Trillium |
| Melaka | – Bukit Baru, Melaka – Jasin Bestari, Melaka – Masjid Tanah, Melaka – Freeport A’Famosa |
| Negeri Sembilan | – Tampin, Negeri Sembilan – Bandar Enstek |
| Perak | – Kuala Kangsar, Perak – Seri Iskandar – Taiping Pekeliling – Batu Gajah Perdana, Perak – Ipoh South Gate |
| Pahang | – Bentong Pahang – Cameron Centrum @ Brinchang |
| Johor | – Jalan Molek, Johor Bharu – Sutera Mall |
| Pulau Pinang | – Raja Uda Butterworth, Penang – Alma @ Bukit Mertajam, Penang – Nibong Tebal C-MART – Macalister George Town |