First World Hotel kini hadir dengan sebuah pakej baharu yang mana para pengunjung boleh mendapatkan kadar bayaran pada harga yang lebih mampu-milik untuk bilik yang ditempah.

Pakej F.W.H merupakan sebuah pakej yang menawarkan kepada anda pilihan untuk anda masuk bilik hotel dengan lebih awal dengan cara mengurus dan mengemas katil anda sendiri.

Menurut perkongsian First World Hotel, anda akan diberikan kit lengkap untuk membersihkan tempat tidur dan bagi setiap tempahan bilik dibawah pakej ini, pengunjung akan dikenakan caj RM60.

Antara peralatan yang disediakan First World Hotel termasuklah:

  • cadar katil
  • sarung bantal
  • sarung selimut atau duvet
  • peralatan mandian

Apa Yang Membezakan Pakej F.W.H Dengan Tempahan Bilik Biasa?

Semestinya harga yang ditawarkan untuk satu bilik dibawah pakej F.W.H adalah lebih rendah berbanding bilik biasa.

Namun, harus diingatkan bahawa untuk pakej F.W.H, pengunjung hanya diberikan pilihan bilik Standard MYB sahaja dan bagi tempahan bilik lain adalah tertakluk kepada harga biasa.

Berikut adalah perbandingan harga yang ditawarkan kepada pengunjung:

Bagi yang berminat, promosi ini ditawarkan sehinggan hujung tahun ini dan anda boleh mula melakukan tempahan bilik di pautan First World Hotel, Genting Highlands.