nuramalinazaidi Diterbitkan 26 July 2022

Jangka Hayat Peyimpanan Susu Ibu Perahan

Bagi seorang ibu yang bekerja, pasti ada kegusaran untuk menyimpan susu perahan. Mengepam susu dan menyimpannya di dalam suhu yang sesuai adalah cara terbaik untuk ibu yang bekerja terus mampu memberikan anak susu badannya sendiri.

Walaubagaimanapun, ketahanan air susu ibu perahan atau ebm (Expressed Breast Milk) setelah dipam adalah bergantung kepada suhu, tempat penyimpanan dan cara pengurusan. Jika tersilap teknik ia akan menjejaskan kualiti susu tersebut. Susu ibu yang sudah diperah sensitif kepada perubahan susu yang mendadak. Perubahan susu mendadak boleh menyebabkan antibodi yang terkandung dalam susu ibu itu rosak atau termusnah.

Sejujurnya, banyak sangat ilmu yang perlu ibu menyusu hadam sebaik-baiknya. Saya sendiri juga hari-hari akan korek tentang penyusuan ini. Jadi, mari kita fahami cara menguruskan susu perahan ini bersama!

Sumber: Kementerian Kesihatan Malaysia, Unit Laktasi PPUM