Carian
Saintis Menemui Spesies Ketam Baharu Di Australia Barat
July 26, 2022 Lina Rosli

Baru-baru ini, para saintis telah menemui sejenis ketam baharu yang mempunyai rupa luaran yang unik yang mana ia mempunyai rambut dan bulu yang lebat membantu untuk penyamaran daripada diganggu dan diserang oleh hidupan laut yang lain.

Menurut laporan, ketam ini dinamakan sebagai Lamarckdromia Beagle yang mana ia telah ditemui di peraiaran Australia Barat oleh satu keluarga sebelum ia dieberikan kepada Muzium Australia Barat untuk pengecaman.

Lebih sinonim dengan panggilan ketam span, haiwan laut ini merupakan spesies baharu yang pertama kali ditemui dan berbeza dengan kumpulan ketam lain yang pernah dikumpul sebelum ini.

Apa yang menarik mengenainya juga, ia bergantung hidup kepada penyamaran dan pertahanan yang mana ia akan menukar span pada tubuh yang sedia ada kepada span hidup yang lebih sesuai dengan dengan karapasnya sebelum memegangnya secara kekal menggunakan kaki belakangnya.

Jenis dan warna span yang dipakai pada tubuh boleh berbeza-beza mengikut spesies dan kawasan ketam. Malah, span yang dipakai juga tidak akan melekat pada kulit ketam tetapi ia mempunyai sebatian toksik yang dianggap membantu ketam mengelak dari diserang pemangsa.

Lamarckdromia Beagle atau L.beagle adalah spesies ketiga dalam genus Lamarckdromia. Spesies sebelum ini telah dijumpai pada tahun 1925 dan 1983 di lokasi pantai yang pelbagai. Persamaan antara lokasi penemuan ketam span ini adalah ia mempunyai paras air yang cetek dan paling kerap dijumpai di kawasan antara Hopetoun dan Cape Naturaliste di pantai selatan Australia Barat.

Sumber: Live Science The Guardian

Komen