Carian
Facebook, Instagram & Youtube Adalah Pilihan 72% Ibu Di Malaysia Untuk Ketahui Tips Kesejahteraan Keluarga
July 27, 2022 Lina Rosli

Satu tinjauan telah dilaksanakan oleh Nuren Group bagi mengetahui corak penggunaan atas-talian para ibu milenium selepas pandemik berlaku dan hasilnya mendapati bahawa 82% ibu telah beralih ke media sosial semasa masa lapang mereka dan 38% daripadanya menggunakan telefon pintar lebih daripada 6 jam sehari.

Melihat lanjut ke atas tabiat para ibu ini, dalam beberapa jam penggunaan telefon pintar, laporan itu mendapati bahawa 72% ibu menggunakannya untuk mencari petua mengenai ‘parenting‘ dan kehamilan, 70% ibu mengakses apa-apa maklumat mengenai anak-anak, 45% ibu yang lain melihat kandungan yang melibatkan nyahkotak produk. Dan antara platform yang kerap dikunjungi para ibu adalah Facebook, Instagram dan Youtube.

Di media sosial juga, antara golongan yang diikuti para ibu termasuklah pempengaruh ibu (mum influencers), pakar kecantikan dan fesyen, ibusahawan (mumpreneurs) dan lain-lain.

Mengulas mengenai perkara ini, Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Nuren, Petrina Goh menyatakan bahawa pelaksanaan sekatan COVID-19 dari 2020 hingga awal 2022 telah menyebabkan ramai keluarga dan ibu menjadi lebih mementingkan kesihatan dan kesejahteraan lebih-lebih lagi melibatkan diri sendiri dan keluarga tersayang.

Bukan itu sahaja, disebabkan mereka menghabiskan masa di rumah untuk tempoh yang lama, ibu-ibu terus bergantung kepada media sosial dan internet untuk mengakses segala maklumat dan keperluan yang penting untuk sepanjang berada di rumah.

Selain itu, antara penemuan yang menarik sewaktu tinjauan ini dijalankan, data turut menunjukkan peningkatan selera dan kepercayaan para ibu di media sosial. Dengan ini, ia dilihat mengecilkan lagi jurang antara maklumat atas-talian dalam kalangan para ibu di Malaysia.

Motherhood.com.my adalah salah satu platform digital di bawah Kumpulan Nuren yang menyediakan bimbingan bermaklumat dan kandungan menghiburkan untuk bakal ibu, ibu bapa dan ibu. Melalui moto mereka “ibu sentiasa tahu apa yang terbaik”, platform ini bertujuan untuk menjadi suara terkemuka yang memahami ibu dan memperjuangkan perjalanan keibuan mereka dengan turut menyediakan komuniti untuk wanita yang dikenali sebagai ibu.

Baca Laporan MMY Supermom

Komen