Bugatti Tampil Dengan Logo Baharu Untuk Identiti Korporat – Masih Kekalkan Logo Lama Pada Kereta

July 27, 2022
Automotif

Lina Rosli

Baru-baru ini, Bugatti telah memperkenalkan identiti korporat baharu mereka yang mana menerusi pengenalan ini, jenama kereta mewah ini dilihat mula memfokuskan kepada penawaran kereta jenis hyper-luxury atau hiper mewah.

Sebelum ini, Bugatti menampilkan rekaan logo berwarna merah bersama-sama dengan teks ‘Bugatti’ di bahagian tengah logo. Jika anda lihat, pada logo ini juga terdapat 60 titik merah yang menghiasi bahagian luar putih logo yang dipercayai mewakili wayar keselamatan, yang kelihatan seperti corak renda pada model Bugatti.

Namun, ada juga yang mengatakan titik-titik tersebut adalah mutiara yang melambangkan bahawa Ettore Bugatti menganggap kenderaannya sebagai “permata yang baik.”

Namun, untuk logo kali ini, Bugatti tampil dengan rekaan yang lebih ringkas dan kemas yang mana ia menampilkan logo EB yang merujuk kepadanama pengasas syarikat berkenaan iaitu Ettore Bugatti.

Jika anda lihat juga, penggunaan muka taip pada logo juga kelihatan lebih moden selain mempersembahkan warna baharu iaitu warna biru yang merupakan warna signature untuk jenama berkenaan.

Setakat ini, Bugatti menyatakan bahawa logo ini merupakan identiti korporat baharunya dan tidak akan menjejaskan pengeluaran kereta mereka yang mana logo baharu itu dijangka tidak menggantikan lencana sedia ada pada kereta mewah yang ditawarkan. Sebaliknya, logo tersebut akan digunakan oleh rakan kongsi pengedarnya sama ada di acara perasmian atau di platform atas-talian dan di saluran media sosialnya.

© 2025 Amanz Media Sdn Bhd