Cukup terkenal dengan menu Nasi Lemak Pak Nasser, Santan kini hadir dengan menu baharu yang istimewa iaitu ‘Nasi Lemak On-The-Go’.

Berbeza dengan penawaran sebelum, ‘Nasi Lemak On-The-Go’ merupakan nasi lemak bungkus yang ditawarkan pada harga hanya RM4.90 sahaja. Tampil dengan rekaan yang unik dan mudah, Nasi Lemak On-The-Go ini dibungkus dalam bentuk piramid. Melaluinya, pelanggan menikmati hidangan kegemaran meeka pada bila-bila masa, di mana sahaja dengan cepat dan mudah. 

Walaupun dihadirkan dengan pek pembungkusan serba baharu, Santan menyatakan bahawa rasa dan kualiti yang ditawarkan masih lagi sama. Ia menawarkan nasi dan santan yang dikukus dan disajikan bersama sambal yang sederhana pedasnya, ikan bilis dan kacang tanah yang digoreng rangup dan telur rebus sebagai pelengkap. 

Selain nasi lemak, Santan turut telah menambah menunya dengan memasukkan hidangan popular dari Indonesia iaitu Nasi Padang dan variasi hidangan burger yang diolah mengikut citarasa tempatan. Dari segi harga pula, setiap hidangan ini boleh dinikmati dengan harga bermula RM9.90 untuk menu a la carte.