Menerusi laman Instagram McDonald’s Malaysia, mereka kini menawarkan kembali menu sarapan kegemaran ramai iaitu Hash Browns.

Sebelum ini, McD melaporkan bahawa mereka terpaksa menghentikan seketika jualan hash browns untuk set Breakfast McSavers disebabkan oleh masalah kekurangan stok. Disebabkan itu, pelanggan yang melakukan pesanan set sarapan ini perlu menukar sajian hash browns kepada dua pilihan lain iaitu kentang goreng ataupun jagung.

Walau bagaimanapun, isu ini nampaknya tidak berlanjutan untuk tempoh yang lama dan telahpun ditawarkan kembali kepada umum.

Bagi anda yang menggemari hidangan ini, jangan ketinggalan untuk dapatkannya semula di rangkaian McDonald’s Malaysia berdekatan anda atau mula lakukan pesanan secara atas-talian sama ada melalui McDelivery, GrabFood, Foodpanda dan juga ShopeeFood.