Carian
Ini Senarai Cawangan The Coffee Bean & Tea Leaf Yang Kini Mula Beroperasi 24 Jam
July 29, 2022 Lina Rosli

The Coffee Bean & Tea Leaf Malaysia kini mengumumkan bahawa mereka telah mula memanjangkan waktu operasi mereka kepada perkhidmatan 24 jam di 5 rangkaian terpilih di seluruh negara.

Dengan pengumuman ini, nampaknya anda boleh melakukan pesanan untuk hidangan yang anda ingini tanpa kira waktu.

Untuk pengetahuan anda, kebiasaannya cawangan The Coffee Bean & Tea Leaf mula beroperasi antara jam 7 pagi hingga 10 pagi untuk hari Isnin hingga Jumaat, dan dilanjutkan sehingga 12 malam pada waktu hujung minggu.

Namun, ia masih bergantung kepada lokasi cawangan yang mana jika ia dibuka di dalam pusat membeli-belah, ia semestinya bergantung kepada operasi pengurusan untuk bangunan berkenaan.

Ini Senarai The Coffee Bean & Tea Leaf Yang Beroperasi 24 Jam

Berikut adalah senarai rangkaian yang buka 24 jam pada hari Isnin hingga Ahad:

  1. KLIA2
  2. KLIA
  3. Shell Kepong Drive-Thru
  4. Setia Tropik Drive-Thru
  5. Centrepoint Seremban Drive-Thru

Sementara berikut adalah beberapa lokasi lain yang menawarkan waktu operasi yang panjang iaitu sehingga 12 malam atau 1 pagi:

  1. Bangsar New Village II
  2. Pavilion Kuala Lumpur
  3. Mont Kiara
  4. Sinaran TTDI
  5. Ampang Point
  6. SS2 Petaling Jaya
  7. Plaza Arkadia Desa Parkcity
  8. The Waterfront @ Parkcity
  9. The Link 2, Bukit Jalil
  10. Ativo Plaza, Damansara Avenue
  11. Le Pavilion Apartment, Bandar Puteri Puchong
  12. Taipan Business Centre Subang Jaya
  13. Dataran Jade, Jade Hills Kajang
  14. Dpulze, Lingkaran Cyber Point Timur, Cyberjaya
  15. UNO Bukit Raja
  16. Centrio Seremban 2
  17. Pusat Komersial Rasah Prima Seremban
  18. Jalan Komersial Takh 2, Taman Air Keroh Height Malacca
  19. Cameron Centrum, Brinchang Cameron Highlands
  20. Batu Pahat Old Street
  21. Galeri Impian Penang
  22. Autocity, North-South Highway Juru Interchange Prai
  23. Icon City Bukit Mertajam Penang
  24. Pusat Perniagaan Setia Sentral Bukit Mertajam
  25. Eko Botanic Iskandar Puteri
  26. Solaria Square, Bayan Lepas
  27. The Promenade, 5 Persiaran Mahsuri
  28. Golden Triangle 2, Jalan Dato Ismail Hashim
  29. Gravity Green Seri Alam, Jalan Suria, Bandar Baru Seri Alam Masai 
  30. Caltex Sg Dua North Bound

Sekiranya ada mengunjungi ke cawangan The Coffee Bean & Tea Leaf yang beroperasi 24 jam, anda juga boleh mendapatkan mana-mana minuman latte pada harga yang lebih rendah dengan diskaun sebanyak 30% sehingga 8 Ogos 2022.

Komen