Sehelai jaket jelajah angkasa iaitu The Apollo 11 yang dipakai oleh Buzz Aldrin sewaktu perjalanan ke Bulan dan kembali pada tahun 1969 telah dibida pada harga $2.8 juta yang nilainya sekitar ~RM12,460,072.80.

Jaket itu ditawarkan oleh Sotheby’s ketika acara khas Buzz Aldrin berlangsung. Bersama-sama dengan jaket, ia turut disertakan dengan surat daripada Aldrin, yang menjelaskan bahawa dia memakai Pakaian Coverall Dalam Penerbangan (ICG), termasuk jaket, seluar dan but yang diperbuat daripada kain Beta.

Bagi yang tidak mengetahui, kain beta atau Beta Cloth merupakan fabrik yang terdiri daripada gentian silika tenunan halus yang serupa dengan gentian kaca. Kain yang terhasil tidak mudah terbakar, dan hanya cair pada suhu melebihi 650 °C.

Apabila lelongan diumumkan, jaket itu adalah satu-satunya item pakaian daripada Apollo 11 yang tersedia untuk pemilikan persendirian, kerana yang dimiliki oleh anak kapal lain terletak di Koleksi Muzium Udara & Angkasa Negara.

Selain daripada jaket, ia turut menawarkan beberapa barangan daripada koleksi peribadi Aldrin yang lain. Ia termasuk dokumen perjalanan ke angkasa, alat bantu pendengaran serta dispenser air yang juga boleh berfungsi sebagai pili bomba.

Untuk pengetahuan anda, kesemua barangan yang ditawarkan sewaktu acara khas berkenaan dibida pada nilai keseluruhan $8.2 juta, dengan jaket itu menjadi item yang paling mahal dijual.

Melalui acara ini juga, ia dilihat telah menetapkan semula rekod dunia dalam jualan koleksi jelajah angkasa lepas yang mana untuk acara khas Buzz Aldrin, ia menampilkan koleksi paling berharga yang pernah ditawarkan.

Sumber: Sotheby’s, Forbes